{"id":144,"date":"2021-12-24T15:50:14","date_gmt":"2021-12-24T15:50:14","guid":{"rendered":"https:\/\/stm.edu.my\/beritastm\/?p=144"},"modified":"2025-04-17T04:14:30","modified_gmt":"2025-04-17T04:14:30","slug":"mesej-dari-pengetua-hadiah-krismas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/stm.edu.my\/beritastm\/2021\/12\/24\/mesej-dari-pengetua-hadiah-krismas\/","title":{"rendered":"Mesej Dari Pengetua: Hadiah Krismas"},"content":{"rendered":"<p><strong>Mesej Dari Pengetua: Hadiah Krismas<\/strong><\/p>\n<p>Dr Chong Siaw Fung<\/p>\n<p><em><strong>. . . Mereka pun sujud menyembah Anak itu, lalu membuka harta benda mereka dan mempersembahkan emas, dupa dan mur kepada-Nya. (Mat 2:11)<\/strong><\/em><\/p>\n<p><strong style=\"text-align: justify;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"alignleft wp-image-145 size-full\" src=\"https:\/\/stm.edu.my\/beritastm\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/Christmas-Gift-image-BM.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"168\" \/><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bagi dunia masa kini yang mengutamakan nilai komersial dan kebendaan, Krismas sentiasa dikaitkan dengan pertukaran hadiah dalam suasana perayaan akhir tahun. Ini mungkin tidak berlaku dikalangan orang di Asia, tetapi budaya popular sambutan hari Krismas sudah menjadikannya meriah sama seperti musim perayaan tempatan.\u00a0 Pemikiran tentang hadiah Krismas mengingatkan kita tentang Yesus, Anak Tuhan, sebagai anugerah terbesar bagi umat manusia dan seluruh Penciptaan\u2014terang dalam kegelapan, pengharapan untuk hidup yang kekal, penyelamatan daripada kejahilan dosa, saluran pendamaian dengan Tuhan.\u00a0 Justru, cara berfikir yang betul tentang hadiah Krismas ialah: Apakah hadiah saya kepada Tuhan pada musim Krismas ini?\u00a0 Jika Tuhan sudi memberikan saya Anak-Nya dan menganugerahkan kepada saya semua berkat rohani dalam Kristus Yesus (Ef. 1:3), apakah yang boleh saya persembahkan kepada-Nya?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Orang Majus dari Timur mengetahui dengan jelas tentang siapa Yesus. Mereka telah lama mengembara dan jauh dari kampung halaman untuk menyembah Dia yang dilahirkan untuk menjadi Raja dan Penyelamat dunia. Mereka membawa hadiah yang penuh bermakna\u2014emas sebagai penghormatan kepada Raja, dupa untuk penyembahan Tuhan, dan mur sebagai persiapan penguburan Tuhan Penyelamat yang akan mati untuk menebus dosa. Demikianlah pemahaman umum kita terhadap maksud persembahan orang Majus.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Tetapi kita bukan orang bijaksana seperti orang Majus yang kaya raya atau kerabat diraja yang mulia.\u00a0 Apakah yang boleh kita persembahkan sebagai hadiah kepada Tuhan Yang Mahakuasa dan Raja alam semesta?\u00a0 Itulah yang dikatakan<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">oleh budak pemain gendang Harun dalam babak terakhir filem animasi klasik 1968 yang berjudul <em>The Little Drummer Boy<\/em>.\u00a0 Apabila ia didesak oleh orang Majus untuk mendekati bayi Yesus yang sedang berbaring di dalam palungan (sebenarnya orang Majus tiba di Betlehem beberapa bulan selepas kelahiran Yesus disebabkan oleh perjalanan yang jauh; tetapi tidak mengapalah, ini cerita rekaan sahaja), ia memberitahu orang Majus dengan segan: \u201cTetapi saya tidak ada hadiah (yang cukup baik untuk baginda Raja) . . .\u201d Adegan seterusnya adalah kemuncak filem itu. Lagu tema (sebuah lagu <em>carol<\/em> Krismas popular) mula didendangkan sebagai latar belakang, dan Harun memainkan gendangnya dengan sepenuh tenaganya\u2014hadiahnya kepada baginda Raja. Lirik lagu\u00a0itu berbunyi: <strong>&#8220;Ha<\/strong><strong>mba budak miskin juga, tidak membawa hadiah istimewa buat Raja. Bolehkah hamba memainkan gendang hamba untukmu, wahai tuanku?\u201d<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada hari Krismas tahun ini, mainkanlah gendang anda (atau apa sahaja) untuk Tuhan dengan sepenuh hati anda, dan biarlah Krismas\u2014iaitu Krismas sebenar\u2014berlaku di dalam hati anda.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mesej Dari Pengetua: Hadiah Krismas Dr Chong Siaw Fung . . . Mereka pun sujud menyembah Anak itu, lalu membuka harta benda mereka dan mempersembahkan emas, dupa dan mur kepada-Nya. (Mat 2:11) Bagi dunia masa kini yang mengutamakan nilai komersial dan kebendaan, Krismas sentiasa dikaitkan dengan pertukaran hadiah dalam suasana perayaan akhir tahun. Ini mungkin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[5,9],"tags":[],"class_list":["post-144","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-christmas-articles","category-principals-message"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/stm.edu.my\/beritastm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/144","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/stm.edu.my\/beritastm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/stm.edu.my\/beritastm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/stm.edu.my\/beritastm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/stm.edu.my\/beritastm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=144"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/stm.edu.my\/beritastm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/144\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":146,"href":"https:\/\/stm.edu.my\/beritastm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/144\/revisions\/146"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/stm.edu.my\/beritastm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=144"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/stm.edu.my\/beritastm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=144"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/stm.edu.my\/beritastm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=144"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}