Permulaan: Januari 2021
Dikemaskini: 15 Disember 2020
- Penyelarasan jam kredit supaya semua kursus ditawarkan sebagai kursus 3 jam kredit dan memperkenalkan kursus elektif tambahan untuk semua program pengajian. Carta permintaan jam kredit untuk program pengajian dipaparkan pada halaman ini.
- Lebih penekanan kepada bidang Teologi Praktik di mana:
- Pendidikan Lapangan akan dinilai dengan memberi gred menurut jam kreditnya.
- Bilangan jam kredit untuk semua kursus bidang Teologi Praktik sedia ada ditingkatkan menjadi 3 jam kredit.
- Kursus teras tambahan diperkenalkan untuk program sarjana muda.
- Lebih penekanan kepada usaha penyatuan pelbagai bidang disiplin teologi di dalam kurikulum.
- Lebih perhatian kepada semua kursus yang mencerminkan konteks tempatan.
- Penulisan tesis ditawarkan sebagai pilihan untuk program MDiv (kecuali seseorang pelajar itu ingin menumpukan pengajian dalam suatu bidang penumpuan tertentu.
- Memperkenalkan TUJUH bidang pengkhususan untuk program-program MDiv, BD, BTh:
- Kajian Alkitab:
- (1) Perjanjian Lama,
- (2) Perjanjian Baru,
- Teologi dan Sejarah:
- (3) Teologi Kristian,
- (4) Sejarah Gereja,
- Teologi Praktik:
- (5) Penjagaan dan Pelayanan Pastoral,
- (6) Misiologi,
- (7) Kerohanian dan Penyembahan Kristian.
- Para pelajar yang memilih sesuatu bidang penumpuan tertentu akan mengambil kursus-kursus elektif yang berkaitan dengan bidang tersebut, termasuk menulis sebuah tesis atau dua buah kertas penyelidikan untuk memenuhi syarat tambahan.
- Kajian Alkitab:
- Penawaran bidang pengkhususan dan kursus-kursus elektif yang berkaitan adalah tertakluk kepada ketersediaan penyelia dan pensyarah untuk tujuan demikian.
- Memperkenalkan DUA peperiksaan kemasukan untuk pelajar-pelajar baru:
- Pengetahuan Umum Alkitab: Pelajar yang gagal dalam peperiksaan ini diwajibkan untuk mengambil kursus “Ikhtisar Alkitab.”
- Kecekapan Bahasa Inggeris (untuk para pelajar aliran Bahasa Inggeris): Pelajar yang gagal dalam peperiksaan ini diwajibkan untuk mengambil kursus pemulihan Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pihak Seminari.
Daripada: Pejabat Akademik, STM.
Perhatian:
- Isi kandungan pada halaman ini akan dikemaskini oleh Jawatankuasa Akademik STM dari semasa ke semasa untuk mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan program-program. Sila rujuk kepada halaman ini untuk mendapatkan maklumat terkini.
- Untuk maklumat lanjut bagi kursus-kursus yang tertentu, sila hubungi Pejabat Akademik; atau layari halaman Pengenalan Kursus melalui tapak Web STM.
SYARAT JAM KREDIT UNTUK PROGRAM PENGAJIAN
SKEMA KURSUS UNTUK PROGRAM PENGAJIAN
Kursus-Kursus | MDiv ^ | BD ^ | BTh |
PENGAJIAN ALKITABIAH | |||
Bahasa Ibrani Alkitabiah 1; Bahasa Yunani Alkitabiah 1 | √ | √ | |
Ikhtisar Alkitab; Kajian Alkitab Induktif | √ | ||
Pengantar Kepada Kajian Perjanjian Lama / Perjanjian Baru | √ | √ | √ |
Eksegesis PL: Pentateukh / Sejarah / Puisi /Nabi-nabi / Hikmat * | √ | √ | √ |
Eksegesis PB: Injil / Surat-surat / Apokaliptik * | √ | √ | √ |
Kaedah Eksegesis | √ | √ | √ |
TEOLOGI & SEJARAH | |||
Teologi Kristian 1, 2, 3, 4; Sejarah Gereja 1, 2 | √ | √ | √ |
Doktrin Kristian Asas | √ | ||
Melakukan Teologi di Asia / Teologi Antara Budaya | √ | √ | √ |
Etika Kristian dan Isu-Isu; Agama-Agama Dunia | √ | √ | √ |
Sejarah Gereja dan Masyarakat Malaysia | √ | √ | |
TEOLOGI PRAKTIK | |||
Asas Kaunseling | Salah Satu | √ | √ |
Pendidikan Kristian | √ | √ | |
Misiologi | Salah Satu | √ | √ |
Penginjilan Di Gereja Setempat | √ | √ | |
Homiletik 1 | √ | √ | √ |
Homiletik 2 | √ | √ | |
Misi Silang-Budaya; Perkahwinan dan Keseksualan | √ | √ | |
Kepimpinan Pastoral dan Pengurusan Gereja | √ | √ | √ |
Kerohanian Kristian; Liturgi & Penyembahan | √ | √ | √ |
Kajian Denominasi; Pendidikan Lapangan | √ | √ | √ |
Elektif (sebanyak yang diperlukan untuk program pengajian) | Pilihan Pelajar | ||
Tesis / Kertas Penyelidikan + Elektif dalam bidang pengkhususan tertentu (untuk pelajar yang memilih bidang pengkhususan tertentu) |
* Mengambil kursus Eksegesis PL/PB yang merangkumi sebilangan kategori kitab-kitab di dalam Alkitab seperti yang ditetapkan dalam kurikulum program pengajian masing-masing.
^ Program Sarjana Diviniti (MDiv) dan Sarjana Muda Diviniti (BD) belum lagi ditawarkan untuk aliran Bahasa Malaysia buat masa kini.