TEE Program

JABATAN TEE (KAJIAN SEPARUH MASA)

STM memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat mendaftar untuk kajian sepenuh masa untuk memperolehi latihan teologi. Jabatan Theological Education by Extension (TEE) dilaksanakan dalam empat aliran bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Malaysia dan Bahasa Tamil. Jabatan TEE menawarkan kajian separuh masa melalui kursus modul,iaitu Sijil Pelayanan Kristian, Diploma Pelayanan Kristian dan Sarjana Muda Pelayanan Kristian. Program ini dibentuk khusus untuk melatih dan memajukan kepimpinan jemaah di gereja. Tambahan lagi, kami sekarang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pelayanan Kristian secara separuh masa untuk mereka yang telah menamatkan Diploma Pelayanan Kristian.

Jabatan TEE Bahasa Malaysia menawarkan program :

  1. Sijil Pelayanan Kristian
  2. Diploma Pelayanan Kristian
  3. Sarjana Muda Pelayanan Kristian

Peringkat Sijil Pelayanan Kristian adalah program kajian 30 jam kredit yang terdiri dari 15 jam kursus teras dan 15 jam kursus elektif.

Peringkat Diploma Pelayanan Kristian adalah program kajian 60 jam kredit termasuk 30 jam kredit dari Sijil Pelayan Kristian dan tambahan 18 jam kursus teras dan 12 jam kursus elektif.

Sijil Pelayanan Kristian
Kursus Teras / Jam Kredit 15
Tinjauan Perjanjian Lama

Tinjauan Perjanjian Baru

Doktrin Kristian Asas 1

Doktrin Kristian Asas 2

Tafsiran Alkitabiah

3

3

3

3

3

Elektif

15

Jumlah Jam Kredit

30

Diploma Pelayanan Kristian
Kursus Teras / Jam Kredit

18

Pengantar Perjanjian Lama

Pengantar Perjanjian Baru

Pembacaan dan Penulisan Kritis

Kerohanian Kristian

Sejarah 1

Sejarah 2

3

3

3

3

3

3

Elektif

12

Jumlah Jam Kredit

60

Syarat Kemasukan Pengajian

  • SPM Pangkat 3 atau yang setaraf dengannya.
  • Seorang Kristian dan mempunyai hubungan yang baik dengan gereja.
  • Pemohon yang berumur 30 tahun ke atas yang tidak memenuhi kelayakan akademik boleh mendaftar program ini.
  • Fasih Bahasa Malaysia.

Tempoh Pengajian

  • Sijil Pelayanan Kristian (30 Jam Kredit) tempoh pengajian dua hingga empat tahun, bergantung pada kekerapan kursus yang disiapkan setiap tahun.
  • Diploma Pelayanan Kristian (60Jam Kredit) tempoh pengajian tiga hingga tujuh tahun.
  • Sarjana Muda Teologi tempoh pengajian lapan hingga sepuluh tahun.

Meningkatkan Taraf Pengajian

Pelajar yang tamat TEE, Diploma Pelayanan Kristian layak meneruskan pengajian sepenuh masa dalam kampus :

  • Graduan Diploma Pelayanan Kristian (60 jam kredit), layak melanjutkan kajian dalam TEE, Sarjana Muda Pelayanan Kristian dengan tambahan 60 jam kredit kajian.
Sarjana Muda Pelayanan Kristian
Dari Diploma Pelayanan Kristian
Kursus Teras / Jam Kredit
60
45
Tafsiran Alkitabiah
Ilmu Khutbah / Homiletik 1
Ilmu Khutbah / Homiletik 2
Agama 1
Agama 2
Doktrin Kristian 1
Doktrin Kristian 2
Masyarakat Malaysia
Kajian Kitab Perjanjian Lama – Nabi-nabi
Kajian Kitab Perjanjian Lama – Kitab Puisi dan Hikmat
Kajian Kitab Perjanjian Baru – Injil
Kajian Kitab Perjanjian Baru – Surat
Pendidikan Kristian
Kepimpinan Pastoral
3
3
3
3
3
3
3
3
3
3
3
3
3
3
Elektif

15

Jumlah Jam Credit

120

Pusat Pengajian

Sijil, Diploma dan Ijazah di atas ditawarkan di tiga pusat:

  • Kampus STM, Seremban
  • Gereja Wesley Methodist, Kuala Lumpur
  • Pusat Misi Sengoi, Kampar

Jadual

Jadual modul TEE terkini, boleh dimuat turun dari Kalendar dan Jadual Waktu.

Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi : bmtee@stm2.edu.my