Rev. Jensey has been serving as a lecturer in the Bahasa Malaysia Department at Seminari Theoloji Malaysia (STM) since June 2023. He is originally from Sabah, East Malaysia, and is an ordained minister of the Protestant Church in Sabah (PCS), in a Lutheran Church family.
He obtained his Master of Theology from the South East Asia Graduate School of Theology/ATESEA in 2005. In addition to his teaching duties at STM, he currently holds the position of Director of Field Education and the Centre for Religion & Society.
Before joining STM, he served as a pastor and leader within the Sabah Christian House of Prayer Association, as well as a leader in the church council for the PCS congregation in Tulid, Matunggung Kudat. He also previously ministered as a pastor in the Lutheran Church in Malaysia, serving the Orang Asli community from 1998 to 2003. He subsequently taught at Sabah Theological Seminary (STS) from 2005 to 2012. He then served as President of the Protestant Church in Sabah from 2013 to 2019. During this period, he also held the role of Secretary of the Sabah Council of Churches (2014–2019) and was Deputy President of the Council of Churches of Malaysia (2014–2018).
His main research interests include Asian religions, religion and society, and interfaith relations. Among the subjects he teaches are Doing Theology in Asia, Church and Society, and Cults and Heretical Teachings.
On weekends, Rev. Jensey continues to live out his calling and commitment to ministry by visiting and preaching at various churches in Peninsular Malaysia.
Over more than 30 years of ministry, he has delivered talks and taught at numerous church seminars, and has published two articles in Bahasa Malaysia: “Isa Al-Masih” in two STS anthology volumes titled Bercambah dan Berbunga (2007), and “Hubungan Orang Kristian dengan Orang Islam” in Sabah Perspective: Helping the Church Face Challenges of Ministry in Modern Malaysia (2010).
Rev. Jensey telah berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Bahasa Malaysia, Seminari Theoloji Malaysia sejak Jun 2023. Beliau berasal dari Sabah, Malaysia Timur, dan merupakan seorang pendeta yang ditahbis dalam Gereja Protestan di Sabah, yang tergolong dalam keluarga gereja Lutheran.
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Teologi daripada South East Asia Graduate School of Theology/ATESEA pada tahun 2005. Selain tugas pengajarannya di STM, beliau kini memegang jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Lapangan dan Pusat Agama & Masyarakat.
Sebelum menyertai STM, beliau adalah sebagai pastor dan pemimpin dalam Persekutuan Rumah Doa Kristian Sabah serta pemimpin dalam majlis gereja PCS jemaat Tulid, Matunggung Kudat. Namun beliau juga pernah berkhidmat sebagai pastor dalam Gereja Lutheran di Malaysia, melayani komuniti Orang Asli dari tahun 1998 hingga 2003. Beliau kemudian mengajar di Seminari Teologi Sabah (STS) dari tahun 2005 hingga 2012. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai Presiden Gereja Protestan di Sabah dari tahun 2013 hingga 2019. Dalam tempoh tersebut, beliau juga memegang jawatan Setiausaha Majlis Gereja-Gereja Sabah (2014–2019) dan Timbalan Presiden Majlis Gereja-Gereja Malaysia (2014–2018).
Bidang penyelidikan utama beliau merangkumi agama-agama Asia, hubungan antara agama dan masyarakat, serta hubungan antara agama. Antara subjek yang diajarnya termasuklah Melakukan Teologi di Asia, Gereja dan Masyarakat, serta Kultus dan Ajaran Sesat.
Pada hujung minggu, Rev. Jensey meneruskan panggilan dan komitmen pelayanannya dengan melawat serta menyampaikan khutbah di pelbagai gereja di Semenanjung Malaysia.
Sepanjang lebih 30 tahun dalam pelayanan, beliau telah menyampaikan ceramah dan mengajar dalam pelbagai seminar, serta menerbitkan dua artikel dalam Bahasa Malaysia: “Isa Al-Masih” dalam dua jilid antologi STS bertajuk “Bercambah dan Berbunga” (2007), dan “Hubungan Orang Kristian dengan Orang Islam” dalam Sabah Perspective: Helping the Church Face Challenges of Ministry in Modern Malaysia (2010).