Sokongan kepada STM

Kewangan Yang Di Kemas Kini 2023

Kami ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua Rakan dan Rakan Kongsi kami, serta kepada semua penderma atas sumbangan dan doa anda sepanjang tahun lalu.

Sokongan yang berterusan dari anda melalui doa ataupun sokongan kewangan amatlah dihargai. Tahun ini, RM1,649,000 adalah anggaran pendapatan yang akan kami terima daripada penginapan dan program pengajian. RM2,555,000 adalah kos yang kami perlu capai untuk membiayai pengurusan operasi kami. Oleh itu kami memerlukan sokongan dan sumbangan dari Rakan dan Rakan Kongsi serta penderma-penderma kami yang setia.

Untuk menyumbang kepada perkara di atas, butiran bank kami adalah seperti berikut:

    • Nama : Pemegang Amanah Seminari Theoloji Malaysia Berdaftar
    • Bank : RHB Bank Bhd
    • No. Akaun : 2-14389-0007093-1
    • Kod Swift: RHBBMYKL

Selain membiayai Pengurusan Operasi, kami juga perlu membiayai penyelenggaraan dan menaik taraf fasiliti di STM:

  1. RM90,000 untuk pemasangan tangki sedutan bagi Blok Pangsapuri Fakulti/Staf dan Blok Dewan Makan.
  2. RM100,000 untuk membaik pulih cerun dan saluran longkang di sekeliling sempadan STM.

Nota: Kos membaik pulih akan meningkat sekiranya STM diminta untuk membina tembok penahan untuk mengawal dan mencegah hakisan tanah.

  1. RM100,000 untuk membaik pulih pagar di sepanjang sempadan STM.
  2. Jumlah yang akan ditentukan kemudian – Untuk kemudahan warga emas, kami akan membina bilik yang bersambung dengan bilik mandi dengan menukar beberapa bilik dalam asrama.
  3. Jumlah yang akan ditentukan kemudian – Membaik pulih dan menaik taraf kemudahan untuk bilik di dalam asrama dan di bilik tetamu.

Untuk menyumbang kepada perkara di atas, butiran bank kami adalah seperti berikut:

    • Nama : Seminari Theoloji Malaysia
    • Bank : RHB Bank Bhd
    • No. Akaun : 2-14389-0006441-9
    • Kod Swift: RHBBMYKL

RAKAN KONGSI DAN RAKAN STM

  1. Rakan STM adalah individu yang komited dalam menyumbang RM300 seorang setiap tahun. Kami berharap dapat merekrut lebih banyak ‘kawan’ untuk berdoa dan menyokong pelayanan STM. Sekiranya kami mempunyai 1000 ‘Kawan’, STM akan diberkati dan mendapat RM300,000 untuk kelancaran latihan pelayanan.
  2. Rakan kongsi STM adalah gereja atau organisasi yang berkomitmen untuk menyumbang RM1,000 setiap gereja, setiap tahun. Sekiranya STM mempunyai 10 gereja yang menyumbang RM5,000, dan 10 gereja lain menyumbang RM10,000, STM akan mendapat sumbangan tahunan sebanyak RM200,000. Berdoalah agar Tuhan terus memberkati dan mengabulkan keinginan kita semua.

Anda boleh menghantar cek atau transfer terus ke akaun kami. Maklumat akaun STM adalah seperti berikut:

  • Nama: PEMEGANG AMANAH SEMINARI THEOLOJI MALAYSIA BERDAFTAR
  • Bank: RHB Bank Bhd
  • No Akaun: 2-14389-0007093-1
  • Kod Swift: RHBBMYKL

Anda juga boleh muat turun borang permohonan Kawan dan Rakan Kongsi kami di pautan di bawah:
https://stm.edu.my/wp/wp-content/uploads/FriendsAndPartnerForm.pdf

Anda juga boleh mendaftar atas talian melalui pautan di bawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSffe4qy5k-5zqOtzqZrmEmgG94-SC14fGDvLyNrfAa0L206vA/viewform

SUMBANGAN DAN DANA AMANAH STM

Sumbangan dan Dana Amanah STM (STM 神學 教育 信託 基金) dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2009 semasa Sambutan Ulang Tahun STM yang ke-30 di Seremban. Di bawah kepemimpinan Encik  Richard Wong, Ketua Jawatan kuasa Sumbangan Dan Dana Amanah, kami berjaya berkongsi visi ini dan ramai yang menyahut visi kami.

Kami berharap dapat merekrut lebih ramai penderma untuk rancangan pemberian dana untuk menjana pendapatan dan pembangunan yang lebih besar: untuk membayar gaji anggota fakulti, memperoleh sumber penyelidikan/ buku  di perpustakaan, untuk menawarkan biasiswa bagi pelajar dari dalam dan luar negeri, pascasiswazah yang berkelayakan, dll. Bantuan baik anda untuk memberi kami nama penderma yang merancang ingin memberi dana untuk tujuan memajukan pendidikan teologi adalah sangat dihargai.

Anda boleh menghantar cek atau transfer terus ke akaun kami. Maklumat akaun STM adalah seperti berikut:

  • Nama: PEMEGANG AMANAH SEMINARI THEOLOJI MALAYSIA BERDAFTAR
  • Bank: RHB Bank Bhd
  • No Akaun: 2-14389-0007093-1
  • Kod Swift: RHBBMYKL

HARI AHAD STM

Hari Ahad STM dipromosikan sepanjang tahun, bukan hanya pada bulan Julai sahaja. Pada hari Ahad STM, kami berharap perkara berikut dapat dicapai:

  1. Anggota Gereja disedarkan akan visi dan pelayanan STM. Visi STM adalah “Melengkapkan umat Tuhan untuk pelayanan dan misi”. Tujuan kami adalah untuk melatih pastor dan pekerja Kristian secara menyeluruh agar dapat memenuhi keperluan Gereja yang semakin meningkat.
  2. Calon pelajar yang sesuai digalakkan untuk mengikuti latihan teologi dan pelayanan. STM sebagai kolej kesatuan dengan empat denominasi utama komited untuk melatih pastor untuk negara Malaysia dan juga negara-negara Asia. Kami juga komited untuk pendidikan yang berkualiti.

Sejumlah wang akan dikumpulkan untuk STM kerana latihan teologi yang mahal. Ahli fakulti kami bersedia untuk berkongsi visi STM dengan gereja anda. Untuk menetapkan tarikh Hari Ahad STM, sila hubungi Setiausaha Pengetua. Kami mengharapkan sokongan yang berterusan dari anda.

Bangunan Sambungan untuk Masa Depan

Bangunan Sambungan Menyediakan:

  • 7 BILIK KULIAH TAMBAHAN
  • 2 BILIK KULIAH MUZIK
  • 3 BILIK STUDIO MUZIK
  • 8 PEJABAT PENSYARAH
  • 1 BILIK MESYUARAT
  • 1 BILIK RUANG REHAT PELAJAR
  • 3 BILIK DOA
  • 1 BILIK KAUNSELING

Dengan kemudahan di atas, kami dapat menawarkan 4 tahun Program BM dalam kampus dan juga kursus Penyembahan. Melalui ini, matlamat kami adalah untuk melengkapkan umat Tuhan dan memperkuat lagi pelayanan BM di gereja setempat. Tujuan kami juga untuk meningkatkan lagi kerohanian dan kehidupan pelajar.

Kami masih perlu mengumpulkan RM1,160,000 untuk projek tersebut. Tolong sertai kami dalam visi kami untuk memajukan Karya Tuhan di STM.

Anda boleh menghantar cek atau transfer terus ke akaun kami. Maklumat akaun STM adalah seperti berikut:

  • Nama: Seminari Theoloji Malaysia
  • Bank: RHB Bank Bhd
  • No Akaun: 2-14389-0006440-0
  • Kod Swift: RHBBMYKL

Kini anda juga dapat menyumbang kepada STM menggunakan Kod QR DuitNow atau melalui eWallet TNG. Sila lihat langkah berikut:

Pengguna TNG eWallet boleh membayar dengan menggunakan QR Code DuitNow

Langkah 1: Buka aplikasi mudah alih TNG eWallet (sebelum itu sila kemas kini aplikasi)
Langkah 2: Pilih ikon ‘imbas’
Langkah 3: Imbas Kod QR DuitNow
Langkah 4: Masukkan jumlah yang perlu dibayar
Langkah 5: Masukkan PIN 6 digit anda
Langkah 6: Pembayaran selesai!