Syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan Umum

  1. Pelajar yang membuat permohonan mestilah seorang Kristian dan mempunyai hubungan yang baik dengan gereja setempat dan telah mencapai umur 20 tahun ketika memulakan kursus tahun pertama.
  2. Mempunyai dua tahun pengalaman bekerja kecuali bagi mereka yang memiliki ijazah universiti yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  3. Kemahiran dalam bahasa Inggeris / Cina / Bahasa Malaysia perlu untuk kursus yang dipohon dalam bahasa tersebut. Mereka yang memohon menyertai program dalam Jabatan Inggeris diwajibkan mengambil peperiksaan bahasa Inggeris. Memang bermanfaat untuk pelajar-pelajar aliran Cina dan Tamil untuk membaca dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Kemahiran dalam Bahasa Tamil perlu untuk kursus TEE Tamil.
  4. Mempunyai surat sokongan dari pastor / paderi gereja setempat.
  5. Pelajar bujang mesti tinggal di seminari.
  6. Pelajar mesti mematuhi semua peraturan seminari.
  7. Untuk Pelajar Matang tanpa SPM
    Pelajar yang tidak mempunyai kelayakan kemasukan yang diperlukan tetapi berumur 30 tahun atau ke atas pada waktu permohonan, serta mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman bekerja, boleh memohon untuk mengikuti program CertCM dan akan dipertimbangkan untuk Kemasukan bersyarat. Mereka mesti menamatkan tiga kursus CertCM (separuh masa) atau satu semester (sepenuh masa) dan memperoleh PNGK 2.0 (C−) atau lebih tinggi untuk status bersyarat tersebut ditarik balik.