Sokongan kepada STM

Perbelanjaan kami untuk tahun 2020 adalah sekitar RM4 juta, ini adalah termasuk kos pemasangan UNIFI / meningkatkan WIFI di dalam asrama. Pembaikan struktur atap MPH juga dilakukan sebagai sebahagian daripada projek Bangunan Sambungan, sementara penambahbaikan bilik mandi di dalam asrama ditaja oleh penderma. Oleh itu, kami memerlukan sokongan daripada anda agar pelayanan kami dalam menjalankan pendidikan teologi tidak terjejas. Kami memohon kebaikan dan kemurahan hati anda untuk menyokong kami.

KAWAN DAN RAKAN KONGSI STM

  1. Kawan STM adalah mereka yang komited dalam menyumbang RM300 seorang setiap tahun. Kami berharap dapat merekrut lebih banyak ‘kawan’ untuk berdoa dan menyokong pelayanan STM. Sekiranya kami mempunyai 1000 ‘Kawan’, STM akan diberkati dan mendapat RM300,000 untuk kelancaran latihan pelayanan.
  2. Rakan kongsi STM adalah gereja yang berkomitmen untuk menyumbang RM1,000 setiap gereja, setiap tahun. Sekiranya STM mempunyai 10 gereja yang menyumbang RM5,000, dan 10 gereja lain menyumbang RM10,000, STM akan mendapat sumbangan tahunan sebanyak RM200,000. Berdoalah agar Tuhan terus memberkati dan mengabulkan keinginan kita semua.

Anda boleh menghantar cek atau transfer terus ke akaun kami. Maklumat akaun STM adalah seperti berikut:

  • Nama: Seminari Theoloji Malaysia
  • Bank: RHB Bank Bhd
  • No Akaun: 2-14389-0006441-9
  • Kod Swift: RHBBMYKL

Anda juga boleh muat turun borang permohonan Kawan dan Rakan Kongsi kami dengan klik di bawah:

  1. Borang permohonan Kawan dan Rakan kongsi halaman 1 (muka depan)
  2. Borang permohonan Kawan dan Rakan kongsi 2 (Borang Pendaftaran)

SUMBANGAN DAN DANA AMANAH STM

Sumbangan dan Dana Amanah STM (STM 神學 教育 信託 基金) dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2009 semasa Sambutan Ulang Tahun STM yang ke-30 di Seremban. Di bawah kepemimpinan Encik  Richard Wong, Ketua Jawatan kuasa Sumbangan Dan Dana Amanah, kami berjaya berkongsi visi ini dan ramai yang menyahut visi kami.

Kami berharap dapat merekrut lebih ramai penderma untuk rancangan pemberian dana untuk menjana pendapatan dan pembangunan yang lebih besar: untuk membayar gaji anggota fakulti, memperoleh sumber penyelidikan/ buku  di perpustakaan, untuk menawarkan biasiswa bagi pelajar dari dalam dan luar negeri, pascasiswazah yang berkelayakan, dll. Bantuan baik anda untuk memberi kami nama penderma yang merancang ingin memberi dana untuk tujuan memajukan pendidikan teologi adalah sangat dihargai.

Anda boleh menghantar cek atau transfer terus ke akaun kami. Maklumat akaun STM adalah seperti berikut:

  • Nama: Seminari Theoloji Malaysia
  • Bank: RHB Bank Bhd
  • No Akaun: 2-14389-0006088-0
  • Kod Swift: RHBBMYKL
  • Nama: Seminari Theoloji Malaysia
  • Bank: Public Bank Bhd
  • No Akaun: 3-1537252-36
  • Kod Swift: PBBEMYKL

HARI AHAD STM

Hari Ahad STM dipromosikan sepanjang tahun, bukan hanya pada bulan Julai sahaja. Pada hari Ahad STM, kami berharap perkara berikut dapat dicapai:

  1. Anggota Gereja disedarkan akan visi dan pelayanan STM. Visi STM adalah “Melengkapkan umat Tuhan untuk pelayanan dan misi”. Tujuan kami adalah untuk melatih pastor dan pekerja Kristian secara menyeluruh agar dapat memenuhi keperluan Gereja yang semakin meningkat.
  2. Calon pelajar yang sesuai digalakkan untuk mengikuti latihan teologi dan pelayanan. STM sebagai kolej kesatuan dengan empat denominasi utama komited untuk melatih pastor untuk negara Malaysia dan juga negara-negara Asia. Kami juga komited untuk pendidikan yang berkualiti.

Sejumlah wang akan dikumpulkan untuk STM kerana latihan teologi yang mahal. Ahli fakulti kami bersedia untuk berkongsi visi STM dengan gereja anda. Untuk menetapkan tarikh Hari Ahad STM, sila hubungi Setiausaha Pengetua. Kami mengharapkan sokongan yang berterusan dari anda.

Bangunan Sambungan untuk Masa Depan

Bangunan Sambungan Menyediakan:

  • 7 BILIK KULIAH TAMBAHAN
  • 2 BILIK KULIAH MUZIK
  • 3 BILIK STUDIO MUZIK
  • 8 PEJABAT PENSYARAH
  • 1 BILIK MESYUARAT
  • 1 BILIK RUANG REHAT PELAJAR
  • 3 BILIK DOA
  • 1 BILIK KAUNSELING

Dengan kemudahan di atas, kami dapat menawarkan 4 tahun Program BM dalam kampus dan juga kursus Penyembahan. Melalui ini, matlamat kami adalah untuk melengkapkan umat Tuhan dan memperkuat lagi pelayanan BM di gereja setempat. Tujuan kami juga untuk meningkatkan lagi kerohanian dan kehidupan pelajar.

Kami perlu mengumpulkan RM6 juta untuk projek tersebut. Tolong sertai kami dalam visi kami untuk memajukan Karya Tuhan di STM.

Anda boleh menghantar cek atau transfer terus ke akaun kami. Maklumat akaun STM adalah seperti berikut:

  • Nama: SeminariTheoloji Malaysia
  • Bank: RHB Bank Bhd
  • No Akaun: 2-14389-0006440-0
  • Kod Swift: RHBBMYKL