Pengambilan Kakitangan Jawatan: Eksekutif Kewangan & Perakaunan
Seminari Theoloji Malaysia (STM) ialah sebuah institusi teologia antara denominasi yang komited untuk mencapai kecemerlangan dalam pembentukan pelayanan dan latihan akademik. Kami sedang mencari seorang Finance & Accounting Executive yang berdedikasi dan berpengalaman untuk mengurus keseluruhan set akaun serta merancang strategi kewangan bagi menyokong visi dan misi kami. Jawatan ini melapor kepada Assistant Manager (Corporate Services).
Tanggungjawab Utama:
- Bertanggungjawab terhadap keseluruhan set akaun dengan ketepatan, integriti, dan pematuhan kepada piawaian kewangan.
- Merancang dan melaksanakan strategi kewangan, belanjawan dan pengagihan sumber yang berkesan.
- Mengawasi pengurusan aliran tunai dan penggunaan dana.
- Memantau kadar faedah bank untuk mengoptimakan pendapatan faedah.
- Menyediakan laporan kewangan dan analisis bulanan untuk Ahli Lembaga.
- Menyelia dan memberikan sokongan kepimpinan kepada kakitangan perakaunan yang lebih muda dan kurang berpengalaman.
- Mewujudkan hubungan kerja yang kukuh dengan ahli pasukan kewangan/perakaunan serta dengan ketua dan rakan sekerja dari bahagian lain.
- Membina dan mengekalkan hubungan baik dengan pegawai bank, juruaudit, agensi kerajaan berkaitan dan sebagainya.
Kelayakan:
- Diploma/Ijazah dalam Perakaunan, Kewangan, atau bidang berkaitan.
- Sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman langsung dalam:
- Mengurus keseluruhan set akaun, belanjawan, perancangan dan pengurusan kewangan.
- Memimpin dan menyelia pasukan kecil dengan cekap.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman dalam pengurusan akaun institusi bukan untung atau pendidikan.
- Seorang Kristian yang matang, komited kepada kepimpinan berasaskan pelayanan, berintegriti, menjaga kerahsiaan dan teliti.
- Mahir menggunakan perisian perakaunan dan Microsoft Excel.
- Kemahiran dalam bahasa Inggeris adalah satu keperluan.
Mengapa Sertai Kami?
- Menjadi sebahagian daripada pasukan berpusatkan Kristus dalam misi memperluaskan Kerajaan Tuhan.
- Menyumbang dalam pelayanan yang bermakna untuk membentuk pemimpin Kristian masa depan serta memberi impak kepada komuniti.
- Bekerja dalam persekitaran yang berasaskan tujuan dan memperkayakan secara rohani.
Cara Memohon:
Sila kemukakan resume, gambar terkini dan surat permohonan ringkas anda ke: hr@stm2.edu.my