Pengenalan
- STM wujud untuk menyediakan pendidikan teologi holistik untuk melatih pastor dan orang percaya menjadi hamba Tuhan yang holistik yang akan melayani di Gereja Kristian dengan rendah hati, lemah lembut, stabil dan bijaksana dalam Tuhan. Kami percaya bahawa selain daripada kajian Alkitabiah-teologi dan pelayanan gereja secara praktikal, mendalami kerohanian Kristian dapat meningkatkan pertumbuhan rohani yang merupakan sebahagian daripada pendidikan teologi holistik dan pembentukan pelayanan.
- Pusat Kerohanian Kristian (CCS) ditubuhkan untuk meningkatkan dan merealisasikan etos (ciri khas) dan misi STM.
Objektif
- Untuk memudahkan para pastor dan pemimpin Kristian mengalami pembaharuan rohani melalui hubungan Allah Tritunggal kita.
- Untuk membantu para pastor dan pemimpin Kristian mendalami pembelajaran dan kerohanian Kristian supaya dibentuk semula oleh Roh Kudus sehingga dapat meneladani Kristus, memuliakan Tuhan dan mengasihi diri sendiri dan orang lain serta menjaga dunia ciptaan-Nya melalui Gereja.
- Meletakkan dasar Alkitabiah yang kukuh dalam mengkaji gambaran luas terhadap Kerohanian Kristian untuk gereja-gereja Kristian agar dapat memenuhi Amanah Agung dalam konteks berbilang agama dan budaya.
- Untuk menggalakkan amalan disiplin kerohanian dalam gereja-gereja kita, sebagai penawar kepada budaya konsumerisme dan hedonisme berleluasa yang hanya mengutamakan diri sendiri dan sikap sementara.
- Untuk menyediakan latihan untuk melengkapi orang Kristian matang yang telah dipanggil menjadi rakan atau pembimbing rohani.
- Untuk menjalin hubungan dengan institusi Kerohanian Kristian, penyelidik dan tenaga pengajar tempatan dan antarabangsa untuk kerjasama dan belajar antara satu dengan yang lain.