Pusat Pengajian Rentas Budaya (CIS)

PUSAT PENGAJIAN RENTAS BUDAYA(CIS)

Sejarah Pusat Pengajian Rentas Budaya

Ini adalah Pusat baharu yang ditubuhkan untuk mengkaji pelbagai budaya. Pada masa ini, Pusat ini memperkenalkan pemahaman budaya melalui bengkel, simposium, persidangan dan seminar. Pepatah Melayu ada mengatakan, “tak kenal maka tak cinta,” begitu tepat kepada kita semua. Secara literal, ia bermakna kerana kita saling tidak berkenalan, maka kita tidak boleh mencintai. Oleh yang demikian, Pusat ini wujud dengan harapan pemahaman yang lebih baik tentang masyarakat di sekeliling kita terutamanya di Malaysia, dan luar negara. Pusat ini di bawah kepimpinan, Dss. Dr. Tan Swee Bee, beliau merupakan seorang yang gemar mempelajari pelbagai budaya, sangat berminat meneroka dan mengkaji ciri-ciri tersendiri kumpulan orang asli di Malaysia. Walaupun Pusat ini berprofil rendah, namun pusat ini berusaha untuk meletakkan asas dengan perlahan tetapi kukuh untuk memahami cara komunikasi yang berkesan di kalangan orang dari pelbagai latar belakang dan tradisi. Pada tahun 2023, pusat ini telah menganjurkan Bengkel Lisan di Cameron Highlands untuk gereja orang asli yang terletak di sekitar Cameron Highlands dan juga telah melaksanakan Pameran Orang Asli merangkap Bengkel di kampus STM (2024) yang bertujuan untuk memupuk pemahaman yang lebih baik tentang budaya orang asli di Malaysia.

Untuk meneruskan misi, Pusat ini berharap dapat menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk komuniti STM. Seterusnya, untuk gereja-gereja di Seremban/Lembah Klang dan seterusnya untuk meneroka pendekatan pemuridan yang sesuai dengan pelbagai budaya untuk usaha pelayanan yang berkesan.

Mesej ringkas daripada pengarah Pusat Pengajian Rentas Budaya

Seperti namanya, pusat ini berfungsi untuk membina pemahaman tentang pelbagai budaya yang kita hadapi hari ini. Terutamanya, terdapat pelbagai budaya berbeza yang kita lihat di sekeliling kita di Malaysia. Mempelajari dan memahami budaya akan membantu kita lebih mengenali antara satu sama lain untuk membina hubungan komunikasi yang berkesan. Ini akhirnya boleh memberi peluang kepada kita untuk menginjil rakan-rakan yang berbeza latar belakang dengan berkesan dan dengan cara yang tidak menyinggung perasaan.

 


Dengan kerjasama Wycliffe dan Faith Comes by Hearing, bengkel di Cameron Highlands menerangkan pendekatan lisan dalam pemuridan untuk gereja orang asli.


Pameran dan Bengkel Orang Asli menampilkan pameran buku, penceritaan kisah orang asli, bengkel lisan dan jamuan makanan orang asli untuk makan tengah hari.