Pusat Kajian Alkitab (CBE)

PUSAT KAJIAN ALKITAB (CBE)

Mendalami Iman Alkitabiah Secara Kreatif dan Berasaskan Pengalaman

Pusat Kajian Alkitab atau The Centre for Bible Engagement (CBE) di Seminari Theoloji Malaysia (STM) ialah ruang interaktif bertujuan untuk memupuk penglibatan kajian yang lebih mendalam dengan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Kami menjemput para pelajar dan pelawat untuk menemui Kitab-kitab lebih mendalam melalui pelbagai cara  penerokaan yang nyata dengan membaca dan mengkaji Alkitab.

Objektif CBE

Kami bertujuan untuk memupuk komitmen untuk mempelajari Alkitab melalui penceritaan secara visual (replika arkeologi, poster, gambar), penceritaan sejarah dan pembelajaran secara langsung. Inisiatif ini sejajar dengan misi STM untuk membentuk orang Kristian yang berasaskan Alkitabiah dan bersesuaian dengan konteks.

KUNCI GARIS UTAMA PUSAT

Replika-replika Arkeologi

CBE menampilkan koleksi replika artifak Timur Dekat purba yang memberikan gambaran konteks sejarah dan budaya secara naratif Alkitabiah. Pada hari tertentu iaitu Hari Terbuka untuk Replika Arkeologi, pelajar dan fakulti membantu pengunjung untuk menghubungkan sejarah masa lalu dengan peristiwa Alkitabiah. Pengenalan mereka terhadap replika ini mewujudkan rasa minat dan rasa ingin tahu. Pada masa yang sama ia akan menjadikan ayat di Kitab-kitab lebih menarik.


Latihan Menulis Papirus

Mengalami dunia purba penulis Alkitab! Pengunjung dapat mencuba menulis ayat-ayat Alkitab tertentu pada replika papirus. CBE membawa pengunjung beraktiviti secara langsung agar dapat menghargai usaha proses penulisan Kitab Suci yang begitu teliti.


 Model Buatan Pelajar

CBE dengan bangganya mempamerkan hasil buatan tangan pelajar:

    • Khemah Suci Musa – menggambarkan perintah Tuhan untuk mendirikan tempat penyembahan/ beribadah di padang gurun Sinai.
    • Bait Suci Salomo – mengingatkan pusat teologi ibadah yang pertama di Yerusalem.
    • Bait Suci Herodes – menggambarkan latar belakang pelayanan Yesus Kristus di dunia ini.

Khemah Such Musa

Bait Suci Salomo

Bait Suci Herodes

Model-model ini dihasilkan oleh pelajar STM sebagai sebahagian daripada kerja kursus Alkitabiah mereka. Usaha ini merupakan hasil gabungan unik penyelidikan, kreativiti, dan pendidikan teologi.


Hari Terbuka CBE

STM mengadakan Hari Terbuka setiap tahun untuk gereja-gereja dan individu agar mengalami visi dan kerja CBE. Hari Terbuka ini bertujuan untuk:

    • Menggambarkan naratif Alkitabiah dengan cara baru.
    • Mencetuskan idea pengajaran kreatif untuk pelayanan gereja.
    • Mendalami literasi Alkitabiah dengan menghubungkan teks dan artifak.
    • Memperlihatkan bahawa Firman Tuhan bukan sahaja secara intelektual tetapi juga pengalaman.

Ruang Belajar yang Hidup

CBE bertujuan untuk menyediakan ruang pembelajaran yang hidup dengan menampilkan pelbagai artifak Alkitabiah, kreativiti pelajar, khusus dan penemuan berterusan dalam kajian Alkitabiah. Koleksi CBE merupakan sumber untuk kelas latar belakang Alkitab, pengembangan peribadi dan lawatan kumpulan gereja.

Secara ringkasnya, CBE menjemput semua untuk mengalami Alkitab lebih daripada buku sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Terbuka CBE atau ingin mengadakan lawatan, sila hubungi Pejabat STM atau hubungi Pengarah CBE (elainegoh@stm2.edu.my).

Oleh
Dr Elaine Goh
Pengarah Pusat Kajian Alkitab CBE, STM