Fasiliti STM

Kampus STM terletak di atas sebidang tanah di atas bukit, dikelilingi dengan kehijauan yang indah dan suasana yang tenang. STM mempunyai beberapa fasiliti seperti asrama pelajar, pangsapuri staf, bilik tetamu, dewan makan, dewan serbaguna, gelanggang bola keranjang/bola tampar, halaman yang tenang, labirin doa dan perpustakaan. Perpustakaan kini mempunyai lebih 56,000 jilid bercetak, mempunyai hampir 75 majalah cetakan yang dilanggan, arkib Sejarah Gereja Malaysia, dan pelbagai sumber atas talian iaitu teks penuh yang disediakan untuk memenuhi keperluan komuniti STM untuk mengikuti perkembangan yang berterusan dan kemajuan dalam penyampaian maklumat.

Pada Disember 2019, pejabat pentadbiran kami telah mengalami pengubahsuaian baharu. Selain itu, kami juga telah menambah blok akademik baharu yang telah disiapkan pada tahun 2021 untuk memenuhi keperluan akademik yang semakin meningkat.

Kampus kami biasanya dibuka untuk tempahan semasa cuti semester, iaitu pertengahan bulan Mei hingga pertengahan bulan Jun dan akhir bulan Oktober hingga pertengahan bulan Disember.

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Pembantu Tadbir kami (Tempahan) atau e-mel ke booking_staff@stm2.edu.my

Anda boleh lihat foto kampus dan fasiliti kami dengan pergi ke Galeri Foto.