Pembelajaran Mikro (Micro Learning)

Micro Learning / Pembelajaran Mikro ialah inisiatif dari Seminari Teologi Malaysia (STM), dengan kerjasama Biblical Graduate School of Theology, Singapura. Ia adalah pendekatan kurikulum yang bertujuan untuk menyediakan peluang pembelajaran teologi menggunakan platform atas talian. Micro Learning telah dilancarkan secara rasminya pada 25 September 2021, selepas setahun membangunkan inisiatif ini.

Pembelajaran Mikro diperkenalkan dengan tujuan:

  • Untuk melengkapkan umat Tuhan untuk pelayanan dan misi.
  • Untuk memperdalamkan lagi hubungan orang percaya dengan Kristus.
  • Untuk melatih mereka menjadi saksi bagi Tuhan di dalam pekerjaan dan melayani dengan berkesan dalam gereja tempatan.

Jika anda orang percaya yang matang dan yang berorientasikan matlamat, mempunyai keinginan untuk melengkapkan diri sebagai pekerja sepenuh masa di gereja atau jemaah gereja biasa tetapi mempunyai panggilan dan semangat untuk pelayanan, kursus pembelajaran mikro yang kami disediakan ini adalah yang terbaik untuk anda.

Setiap kursus, adalah kira-kira selama 4 jam, dibahagikan kepada 12 hingga 15 minit pembelajaran video “mikro” yang boleh anda tonton atas talian, bila-bila masa dan di mana sahaja. Dengan yuran langganan sekali untuk setiap kursus, anda akan mempunyai akses tanpa had kepada pelajaran video selama setahun. Ini membolehkan anda menyesuaikan diri melalui setiap kursus. Anda boleh memilih sama ada untuk melanggan 1 kursus pada satu masa atau menikmati diskaun istimewa dengan mendaftar untuk beberapa kursus yang digabungkan. Setiap kursus direka dengan teliti untuk menjadi relevan dan praktikal kepada situasi kehidupan seharian dan melibatkan beberapa perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan kepercayaan Kristian. Perjalanan anda dengan Micro Learning STM bermula dengan klik di sini (https://www.theologyforlife.sg/collections/stm) dan melanggan salah satu daripada beberapa kursus kami:

  1. 101 Tanya Jawab Tentang Kuasa Setan