Terma dan Syarat
Terma yang dinyatakan di bawah ini terpakai kepada semua pengguna laman web Seminari Theoloji Malaysia (dirujuk sebagai “STM”) di alamat www.stm.edu.my (dirujuk sebagai “Laman Web”). Dengan menggunakan Laman Web ini, anda bersetuju dengan Terma Penggunaan seperti yang tercatat di bawah.
Umum
STM berhak sepenuhnya untuk meminda, menambah atau menghapuskan mana-mana bahagian dalam Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal.
Kandungan Laman Web & Hak Cipta
Segala material termasuk imej, ilustrasi, reka bentuk, ikon, gambar, klip video, penulisan dan semua isi kandungan lain yang merupakan sebahagian daripada Laman Web ini (dirujuk sebagai “Isi Kandungan”) adalah dan kekal sebagai Hak Milik STM. STM berhak sepenuhnya mengikut budi bicara, untuk mengubah, menambah atau menghapuskan mana-mana maklumat dalam Laman Web ini tanpa notis awal kepada pengguna. Pengguna dilarang menggunakan mana-mana bahagian Isi Kandungan untuk kegunaan sendiri tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada STM.
Pengganti Rugi (Indemnification)
Pengguna hendaklah menanggung ganti rugi dan memastikan STM dan pihak-pihak yang berkaitan daripada sebarang tuntutan, tindakan, kerosakan, perbelanjaan (termasuk yuran peguam yang munasabah), kerugian atau liabiliti yang ditanggung atau dikenakan terhadap STM atau mana-mana pihak yang berkaitan yang timbul daripada penggunaan anda terhadap Laman Web ini.
Polisi Pembayaran Balik (Refund Policy)
Polisi pembayaran balik tidak terpakai terhadap sumbangan dan derma yang dibuat kepada organisasi kami.
Bagi barangan (termasuk tetapi tidak terhad kepada buku), sekiranya barang yang diterima oleh anda rosak atau koyak, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di admin@stm2.edu.my untuk mendapatkan pemulangan wang (tidak termasuk caj penghantaran), atau pertukaran barang dalam tempoh 1 minggu selepas tarikh penerimaan barang.
Semasa menghantar e-mel, sila sertakan gambar barang yang rosak atau koyak bersama bungkusan semasa diterima.
Untuk penukaran, anda perlu memulangkan barang tersebut kepada kami atas kos sendiri. Setelah kami menerima barang yang rosak atau koyak itu, kami akan menghantar barang gantian kepada anda.
Sebagai alternatif kepada e-mel, anda juga boleh datang terus ke pejabat pentadbiran kami.