Pusat Pengajian Agama dan Masyarakat (CRS)

PUSAT PENGAJIAN AGAMA DAN MASYARAKAT (CRS)

1. SEJARAH PUSAT PENGAJIAN AGAMA DAN MASYARAKAT

1.1 Latar belakang ringkas dan evolusi

Seminari Theoloji Malaysia (STM) menubuhkan Institut Agama Sedunia (IWR- Institute of World Religions) pada tahun 2007 dipimpin oleh pengarah pengasasnya Rev. Dr. Solomon Rajah, bekas Bisyop Gereja Lutheran Evangelical di Malaysia (ELCM). Misi utama institut ini adalah untuk melengkapi para penganut Kristian di Malaysia memahami lebih mendalam tentang pelbagai agama di sekeliling masyarakat, baik di peringkat tempatan mahupun global. IWR telah dinamakan semula kepada Pusat Agama dan Masyarakat (CRS- Centre for Religion and Society) pada tahun 2016 untuk memberi gambaran dengan lebih jelas penekanannya terhadap agama dan masyarakat. CRS berkembang selama beberapa tahun di bawah pengarah Rev Dr Joseph Kumar dan seterusnya Rev Dr Sivin Kit.

1.2 Fokus diperluaskan sejak 2015

Rev Dr Sivin Kit yang memegang jawatan kepimpinan pada 2015 meluaskan skop yang melangkaui pemahaman antara agama, meneroka bidang seperti politik, budaya dan masyarakat sivil. Usaha yang ketara termasuklah:

      • Forum tentang teologi awam, memaparkan perspektif Eropah dan Asia.
      • Kerjasama dengan organisasi seperti Project Dialogue dan World Vision Malaysia untuk menangani hubungan Kristian-Muslim dan pembinaan bangsa.
      • Lawatan lapangan dan inisiatif antara disiplin untuk mendalami pemahaman kontekstual agama dan masyarakat.

1.3 Penglibatan dan Kerjasama

CRS telah bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk memupuk dialog dan perakuan:

      • Kerjasama dengan NGO, termasuk Kairos Dialogue Network and Sisters in Islam, untuk menangani kebimbangan agama dan membina perpaduan.
      • Penyertaan dalam bengkel-bengkel, perundingan dan inisiatif mengenai topik seperti ekstremisme agama, pembinaan bangsa dan toleransi, bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan seperti Islamic Renaissance Front dan Iman Research.

1.4 Program dan inisiatif

CRS menganjurkan dan menyokong acara-acara seperti, bengkel dan ceramah yang menangani peranan agama dalam masyarakat. Ini termasuklah:

      • Ceramah mengenai topik seperti undang-undang Islam, agama dan kesihatan mental dan agama digital.
      • Acara-acara seperti “Wanita dan Islam” dan perbincangan mengenai agama di sepanjang Jalan Sutera.
      • Sumbangan kepada penyelidikan dan dialog mengenai isu-isu yang mempengaruhi minoriti agama dan transformasi masyarakat.

1.5 Kerjasama teologi dan sosial

CRS telah memupuk kerjasama dengan ahli-ahli teologi, penyelidik dan institusi untuk meningkatkan refleksi teologi dan penyelidikan sosial:

      • Usaha sama dengan kolaborator teologi untuk mengukuhkan identiti dan kesaksian gereja-gereja di Malaysia.
      • Inisiatif penyelidikan meneroka interaksi antara agama Kristian dan media, politik, dan hubungan antara budaya.

Berikut merupakan beberapa usaha yang telah dilaksanakan oleh CRS di bawah pimpinan Rev Dr Sivin Kit.

Dr. Wilfred John mengambil alih jawatan pengarah pada 2018 selepas perpindahan Rev. Dr. Sivin Kit ke Geneva, Switzerland. Dr. Wilfred John meluaskan lagi skop CRS dengan menangani isu-isu utama yang berkaitan dengan negara Malaysia. Salah satu program utama CRS yang dilaksanakan ialah “Religion and Public Space: Inter-religious Discourse and the Role of Media” yang merupakan seminar dengan kerjasama antara STM, FAU dan Mission One World pada 23-27 Februari 2020.

Penyebaran Covid-19 telah mengganggu kesinambungan program CRS.

Dr Wilfred John kemudiannya berpindah ke Kota Kinabalu, Sabah.

Pada Tahun 2021 Encik Ram Buraat, salah seorang fakulti STM telah mengambil alih kepimpinan CRS. Walaupun terdapat sekatan Covid-19, beliau berjaya menganjurkan dua seminar hibrid mengenai topik antara agama bersama-sama dengan Rangkaian Dialog Kairos dan Program Perpaduan Nasional, UID Sejahtera, dan juga mengenai topik ideologi RUU 355 bersama CFM. Dan pada Disember 2023, Encik Ram Buraat berpindah ke Seminari Teologi Sabah, Kota Kinabalu sebagai pensyarah di sana.

Pada Januari 2024 Rev. Jensey Mojuin mengambil alih kepimpinan CRS. CRS terus maju kedepan di bawah kepimpinan Rev Jensey. Beliau sentiasa menilai semula tujuan CRS untuk memastikan penglibatan yang relevan untuk memenuhi keperluan isu semasa dan masa kini yang kita hadapi.

2. PROGRAM TAHUN 2024

CRS mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai persidangan yang membolehkan kami menyumbang kepada perbualan kritikal mengenai isu yang sejajar dengan misinya dan meneruskan pengaruhnya dalam teologi awam, pemahaman diantara agama dan pembangunan komuniti.

2.1 Persidangan Kesedaran mengenai Pandangan Alkitabiah dan Teologi Sekularisme dan Kehidupan Beragama pada 23 April di Bible College Malaysia (BCM).

Ini adalah persidangan yang pertama pada tahun 2024 di mana CRS terlibat sebagai salah satu penganjur. Terdapat lebih 183 peserta dari Malaysia dan juga negara lain seperti Vietnam dan Singapura. Dr Chong Siaw Fung, Dr.Tan Ee Yan, En. Eugene Yapp, Rev. Jensey Mojuin dan beberapa alumni dan pelajar STM turut mengambil bahagian dalam persidangan ini. Anda boleh menonton persidangan ini di YouTube dengan menggunakan kata kunci carian “The Awakening Conference 2024”. Persidangan itu berjaya. CRS bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan BCM dan mengharapkan lebih banyak kerjasama pada masa hadapan.

Gambar-gambar persidangan adalah seperti berikut:

(Kredit Foto: Pusat Pengajian Agama dan Masyarakat).

2.2 Persidangan dan Deklarasi ISTAC-UIAM Mengenai Kesucian dan Nilai Kemanusiaan pada 24 Julai 2024 di UIAM, Gombak.

Dr. Chong Siaw Fung dan isterinya, Puan Yong Su Yee, dan Rev. Jensey Mojuin menyertai persidangan ini, mewakili Majlis Gereja-gereja Malaysia (CCM) dan CRS. Penyertaan kami menunjukkan bahawa kami tidak menyokong sebarang jenis keganasan, terorisme dan pembunuhan di seluruh dunia terhadap sesama manusia tanpa mengira bahasa, agama dan bangsa.

Dr Chong menyampaikan ceramah mengenai “Nilai Kemanusiaan dalam Kekristianan”. Ceramah itu berkaitan dengan Teologi Alam, mengkaji penciptaan untuk belajar tentang Tuhan serta kepercayaan normatif yang diajar oleh individu dan organisasi Kristian sepanjang zaman. Ceramah ini membuka mata para peserta kepada pandangan Kristian tentang nilai kemanusiaan.

Di akhir persidangan, pihak penganjur mengeluarkan 9 deklarasi yang boleh didapati di laman web UIAM.

Berikut adalah gambar semasa persidangan berlangsung.

2.3 Persidangan Martabat Asia Tenggara Serantau 2024

Maruah adalah untuk semua orang, dimerata tempat: Amalan yang Baik & Kisah Kejayaan untuk Membina Masyarakat Inklusif” pada 6-7 Ogos 2024.

Ini adalah kerjasama antara Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), International Centre for Law and Religion Studies (ICLRS), Universiti Brigham Young, Religious Freedom Institute (RFI) dan Seminari Theoloji Malaysia (STM).

Perkara utama daripada persidangan ini ialah penekanan terhadap Malaysia yang lebih baik dengan menggabungkan perbezaan bangsa, agama dan bahasa.

 

Royal Address by His Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, Sultan of Perak Darul Ridzuan

 

Conference participants: STM representatives- Rev. Dr. Albert S. Walters, The Rt. Rev. Steven Lawrence, Rev. Dr. Chong Siaw Fung, Mr. Eugene Yapp, Rev. Dr. Dennis, Mrs. Yong Su Yee, Dr. Tan Ee Yan, Rev. Dr. Chong Chuin Min and Rev. Jensey Mojuin; Bishop Datuk Melter Jiki Tais, the Bishop of the Anglican Church of Sabah, and Mr Tan Kong Beng from the Christian Federation of Malaysia.

 

Together  with the conference speakers. Mr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, President ABIM & Mrs. Suraya Wen, Director JPNIN- Research Institute & Training on National Integration Malaysia.

3. PROGRAM-PROGRAM 2025

  1. Seminar, persidangan dan forum: Menyertai dan mengadakan persidangan berkaitan dengan hubungan antara agama di Malaysia dan luar negara.
  2. Menyertai webinar anjuran Network of centre for Christian-Muslim relations (NCCMR) oleh Profesor Adnane Mokrani (Pontifical Gregorian University di Rom)
    Tajuk: “Toward and Islamic Theology of Religious Pluralism”.
    Tarikh: Selasa, 27 Mei, 13:00 GMT
  3. Persidangan Pusat Agama dan Masyarakat
    Tajuk: Religion Should Bring Peace.
    Tarikh: 25 – 26 Januari 2026
    Tempat: Seminari Theoloji Malaysia (STM).
  4. Ceramah meja: Melibatkan pelajar seminari, komuniti STM dan pakar pelawat dalam refleksi teologi mengenai isu masyarakat semasa ketika Kumpulan Pastoral STM pada hari Rabu dan ketika makan tengah hari komuniti STM setiap Khamis.
  5. Aktiviti melibatkan komuniti dan agama lain: Mengadakan lawatan lapangan dan program komuniti untuk memupuk pemahaman secara langsung tentang kepelbagaian landskap agama dan budaya Malaysia. Pada Mei-September 2025, mengadakan lawatan bersama pelajar ke rumah ibadat bukan Kristian untuk belajar antara satu sama lain dan mengenali antara satu sama lain serta membina hubungan yang kukuh.
  6. Melengkapkan Alumni STM: Menyertai acara Kepulangan Alumni STM dengan menyampaikan pembentangan “Malaysia Madani” kepada Alumni STM pada 23 Julai 2025.

 

4. HARAPAN UNTUK MASA HADAPAN

  1. Advokasi dan dialog yang memberi inspirasi: Membangkitkan semangat untuk meneruskan dialog antara agama, menunjukkan contoh untuk keharmonian dan saling menghormati.
  2. Mengilhamkan kewujudan bersama secara aman: Memainkan peranan penting dalam membentuk Malaysia yang lebih inklusif dan aman, di mana kepelbagaian diraikan sebagai kekuatan.
  3. Menyumbang kepada pembinaan negara: Menyokong pertumbuhan Malaysia sebagai sebuah negara melalui inisiatif-inisiatif yang menegakkan keadilan, belas kasihan dan berkongsi nilai bersama.
  4. Memajukan wawasan teologi: Memupuk pendidikan teologi holistik untuk menghadapi cabaran kontemporari dan melengkapkan pemimpin untuk pelayanan yang berkesan di dalam gereja serta dalam masyarakat yang pelbagai.

5. KESIMPULAN

CRS amat menghargai sumbangan pemimpin pengasasnya. Selama 18 tahun yang lalu telah menyaksikan CRS melaksanakan banyak peluang dengan mengadakan perjumpaan dan perbincangan pelbagai agama.

CRS kekal komited untuk melengkapkan penganut Kristian Malaysia untuk terlibat secara berkesan walaupun dengan kerumitan landskap negara kita yang pelbagai. Perkongsian yang telah kami kembangkan, ruang yang kami sediakan untuk dialog dan beberapa impak yang telah kami lihat semuanya adalah bukti kesetiaan Tuhan dalam panggilan dan pelayanan Tuhan. Segala kemuliaan hanya bagi Tuhan atas rahmat dan pemeliharaan-Nya.

Disediakan oleh:,

Rev. Jensey Mojuin.
Pengarah CRS.

Mei 2025.