Modul TEE BM “Doktrin-doktrin Kristian” (Teras) – Gereja Methodist Cina Kampar
Program TEE BM
Nama Kursus: Doktrin-Doktrin Kristian
Elektif/Teras: Teras
Tarikh Kursus: 20-22 & 27-29 Jun 2025
Tempat: Gereja Methodist Cina Kampar
Pautan Pendaftaran: https://tinyurl.com/KamparDoktrin2025
Tarikh Akhir Pendaftaran: 2 Jun 2025
Rangka Kursus:
Kursus ini disediakan untuk membantu para pelajar untuk memahami doktrin-doktrin teologi dari segi kekuasaan Firman Allah, Allah, Manusia, Dosa dan Kristus.
Pensyarah: Rev Jensey Mojuin
Beliau pada mulanya Pastor di Gereja Lutheran Malaysia dan Singapura dalam pelayanan Gereja orang Asli pada tahun 1998. Setelah melayani hampir enam tahun di Semenanjung Malaysia beliau melanjutkan pengajian di Seminari Teologi Sabah (STS) pada tahun 2003 dalam bidang Sarjana Teologi. Setelah tamat pengajian, beliau menjadi pensyarah dalam Jabatan Bahasa Malaysia pada tahun 2005 dan terlibat dalam pelayanan dan kepimpinan Gereja Protestan di Sabah (PCS), khususnya di parokhi Kota Kinabalu. Beliau meninggalkan STS pada penghujung 2012 kerana melayani di pusat pentadbiran PCS Kudat dan terlibat dalam Majlis Gereja-gereja Sabah dan Malaysia. Pada tahun 2020 beliau bersama Persatuan Rumah Doa Kristian Sabah (PRDKS) dan PCS di bahagian empat Matunggung, Kudat. Beliau juga terlibat dalam Majlis Gereja-Gereja daerah Kota Marudu, dan kini melayani di STM.
Untuk pertanyaan lanjut:
Emel: bmtee@stm2.edu.my
Telefon: +606 6322815