Kursus BM TEE “Kajian Kitab Perjanjian Baru: Injil-Injil
Program TEE BM
Nama Kursus : Kajian kitab Perjanjian Baru: Injil-injil
Elektif/Teras:
- Elektif-Sijil & Diploma
- Teras-Sarjana Muda
Tarikh Kursus: 19 – 21 Februari & 26 – 28 Februari 2027
Masa Kelas:
- 7:00 mlm – 10:00 mlm (Jumaat)
- 8:00 pagi – 5:00 mlm (Sabtu)
- 2:00 ptg – 5:00 ptg (Ahad)
- *Jika ada perubahan masa, akan dimaklumkan
Tempat: Atas Talian/Online
Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/bmtee26kkpbii
Tarikh Akhir Pendaftaran: 05 Februari 2027
Rangka Kursus:
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pelajar satu tinjauan menyeluruh mengenai empat Injil dalam Alkitab (Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes) dalam konteks sejarah, sastera, dan teologinya. Modul ini memperkenalkan pelajar kepada latar belakang dunia Yahudi dan dunia Yunani-Romawi abad pertama, masalah sinoptik, serta pendekatan asas dalam menafsir naratif Injil. Setiap Injil dikaji dari segi ciri penulisan, tema teologi, dan gambaran Yesus yang tersendiri. Selain itu, kursus ini dapat membekalkan pelajar dengan panduan asas bagi membaca dan memahami Injil secara bertanggungjawab. Matlamat utama kursus ini adalah untuk melengkapkan pelajar supaya dapat mengaplikasikan kefahaman mereka tentang Injil dalam khutbah, pengajaran, dan pelayanan gereja setempat serta kehidupan rohani peribadi mereka.
Pensyarah: Jahani Mathis
Jahani Mathis berasal dari Pitas, Sabah. Melayani dalam bidang pastoral di Protestant Church in Sabah (PCS) pada tahun 2018-2022. Sekarang melanjutkan pengajian di STM.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Ps Rolina Jaslin Steven
- Emel: bmtee@stm2.edu.my
- Telefon: +606 6322815

