JABATAN TEE (KAJIAN SEPARUH MASA)
STM memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat mendaftar untuk pengajian sepenuh masa untuk memperolehi latihan teologi. Jabatan Theological Education by Extension (TEE) dilaksanakan dalam empat aliran bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Tamil. Jabatan TEE BM menawarkan pengajian separuh masa melalui kursus modular, iaitu Sijil Pengajian Merentasi Budaya, Diploma Pengajian Merentasi Budaya dan Sarjana Muda Pelayanan Kristian. Program ini dibentuk khusus untuk melatih dan memajukan kepimpinan jemaah di gereja, terutama untuk Orang Asal & Orang Asli.
Jabatan TEE Bahasa Malaysia menawarkan program :
- Sijil Pengajian Merentasi Budaya
- Diploma Pengajian Merentasi Budaya
- Sarjana Muda Pelayanan Kristian
Untuk naik taraf ke Sijil Pelayanan Kristian dan Diploma Pelayanan Kristian, adalah seperti berikut:
Sijil Pelayanan Kristian 36 jam kredit, (6 jam kredit tambahan diperlukan)
Diploma Pelayanan Kristian 72 jam kredit, ini termasuk 30 jam kredit dari Sijil Pengajian Merentasi Budaya (12 jam kredit tambahan diperlukan)
Sijil Pelayanan Merentasi Budaya |
||
---|---|---|
Kursus Teras / Elektif | ||
Kajian Alkitab: 3 modul – 9 jam kredit
Pengantar PL (Teras) Pengantar PB (Teras) Kajian Alkitab Induktif (Teras) Elektif (1): Kajian Kitab
Teologi: 3 modul – 9 jam kredit Doktrin-doktrin Kristian (Teras) Misi Kristian (Teras) Elektif (1 ):Teologi Teologi Pengembalaan Teologi Penganiayaan dan Permuridan. Pelayanan: 4 modul – 12 jam kredit Kepimpinan Pastoral Penginjilan Pelayanan Muda-mudi Pelayanan Kanak-kanak Pelayanan Sosial |
||
Jumlah Jam Kredit |
30 |
Diploma Pengajian Merentasi Budaya |
||
---|---|---|
Kursus Teras / Elektif | ||
Kajian Alkitab: 6 modul (+ 3 modul teras sijil) – 18 jam kredit
Tafsiran Alkitab (Teras) Kajian Alkitab dalam Konteks OA (Teras) Kajian Kitab PL Kajian Kitab PB
Teologi: 6 modul (+ 2 modul teras sijil)- 18 jam kredit Sejarah Gereja (Teras) Etika Kristian (Teras) Agama-agama Hidup di Dunia (Teras) Teologi Praktikal
Pelayanan: 8 modul – 24 jam kredit Kemahiran Berkhotbah Kaunseling Dasar Pentadbiran Gereja Pendidikan Kristian Resolusi Konflik Antropologi Budaya Perang Rohani Penanaman Gereja |
||
Jumlah Jam Kredit | 60 |
Syarat Kemasukan Pengajian
- Mempunyai SPM atau yang setaraf dengannya.
- Seorang Kristian dan mempunyai hubungan yang baik dengan gereja.
- Pemohon yang berumur 30 tahun ke atas yang tidak memenuhi kelayakan akademik boleh mendaftar program ini.
- Fasih Bahasa Malaysia.
Tempoh Pengajian
- Sijil Pengajian Merentasi Budaya (30 Jam Kredit) tempoh pengajian dua hingga empat tahun, bergantung pada kekerapan kursus yang disiapkan ditawarkan setiap tahun.
- Diploma Pengajian Merentasi Budaya (60 Jam Kredit) tempoh pengajian tiga hingga tujuh tahun.
- Sarjana Muda Pelayanan Kristian tempoh pengajian lapan hingga sepuluh tahun.
Sarjana Muda Pelayanan Kristian | ||
---|---|---|
Dari Diploma Pelayanan Kristian 72 Jam Kredit Kursus Teras / Jam Kredit 36 Jam Kredit |
||
Ilmu Khutbah / Homiletik 1 Ilmu Khutbah / Homiletik 2 Penginjilan di Gereja Setempat Melakukan Teologi Teologi di Asia Misi Merentasi Budaya Masyarakat Malaysia Kajian Kitab Perjanjian Lama – Nabi-nabi Kajian Kitab Perjanjian Lama – Kitab Puisi dan Hikmat Kajian Kitab Perjanjian Baru – Injil Kajian Kitab Perjanjian Baru – Surat Eksegesis PL:Kejadian / Keluaran Eksegesis PB:Markus / Wahyu |
3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 |
|
Elektif |
12 |
|
Jumlah Jam Credit |
120 |
Pusat Pengajian
Sijil, Diploma dan Ijazah di atas ditawarkan di dua pusat:
- Kampus STM, Seremban
- Gereja Methodist Cina Kampar
Jadual
Jadual modul TEE terkini, boleh dimuat turun dari Kalendar dan Jadual Waktu.
Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi : bmtee@stm2.edu.my