Syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan Umum

  1. Pelajar yang membuat permohonan mestilah seorang Kristian dan mempunyai hubungan yang baik dengan gereja setempat dan telah mencapai umur 20 tahun ketika memulakan kursus tahun pertama.
  2. Mempunyai dua tahun pengalaman bekerja kecuali bagi mereka yang memiliki ijazah universiti yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  3. Kemahiran dalam bahasa Inggeris / Cina / Bahasa Malaysia perlu untuk kursus yang dipohon dalam bahasa tersebut. Mereka yang memohon menyertai program dalam Jabatan Inggeris diwajibkan mengambil peperiksaan bahasa Inggeris. Memang bermanfaat untuk pelajar-pelajar aliran Cina dan Tamil untuk membaca dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Kemahiran dalam Bahasa Tamil perlu untuk kursus TEE Tamil.
  4. Mempunyai surat sokongan dari pastor / paderi gereja setempat.
  5. Pelajar bujang mesti tinggal di seminari.
  6. Pelajar mesti mematuhi semua peraturan seminari.

Syarat Kemasukan dan Graduasi

  1. Diploma Pelayanan Kristian (DipCM) [diperkenalkan semula pada 2015]
    Program dua tahun sebanyak 62 jam kredit ini adalah untuk mereka yang mempunyai SPM/O’ Level atau setaraf dengannya. (Agregat 30 dan kurang dari 5 mata pelajaran terbaik dan kelulusan dalam Bahasa Inggeris diperlukan).
  2. Sarjana Muda Teologi (BTh) [diperkenalkan semula pada 2015]
    Program empat tahun sebanyak 126 jam kredit ini adalah untuk mereka yang mempunyai SPM/O’ Level atau setaraf dengannya. (Agregat 30 dan kurang dari 5 mata pelajaran terbaik dan kelulusan dalam Bahasa Inggeris diperlukan).

Syarat kemasukan pengajian adalah sama seperti program pengajian sepenuh masa kecuali :

Sijil Pelayanan Kristian dan Diploma Pelayanan Kristian

  • SPM Pangkat 3 atau yang setaraf dengannya mempunyai agregat 35 mata atau kurang dalam 5 mata pelajaran terbaik SPM.
  • Seorang Kristian dan mempunyai hubungan yang baik dengan gereja.
  • Fasih dalam Bahasa Inggeris, Mandarin,Tamil atau BM.
  • Pelajar yang berumur 30 tahun ke atas yang tidak memenuhi kelayakan akademik boleh mendaftar untuk program ini.

Sarjana Muda Pelayanan Kristian

  • SPM/O’ Level atau yang setaraf dengannya, mempunyai agregat 30 mata atau kurang dalam 5 mata pelajaran terbaik SPM.
  • Diploma Pelayan Kristian (TEE) STM atau yang setaraf dengannya diiktiraf.
  • Seorang Kristian dan mempunyai hubungan yang baik dengan gereja.
  • Fasih dalam Bahasa Inggeris, Mandarin,Tamil atau BM.
  • Pelajar yang berumur 30 tahun ke atas yang tidak memenuhi kelayakan akademik boleh mendaftar program ini.