BS101 Pengetahuan Alkitab : Perjanjian Lama
Kursus ini disediakan untuk membantu para pelajar membiasakan diri dengan kandungan dan struktur kitab-kitab dalam Perjanjian Lama.
BS102 Pengetahuan Alkitab : Perjanjian Baru
Kursus ini disediakan untuk membantu para pelajar membiasakan diri dengan kandungan dan struktur kitab-kitab dalam Perjanjian Baru.
BS103b Pengantar Perjanjian Lama
Kursus ini mengajar mengenai latar belakang kajian Perjanjian Lama. Isu-isu yang akan dikaji meliputi latar belakang tamadun kuno, geografi, budaya, struktur sosial, kefahaman kesusasteraan Yahudi seperti puisi dan nubuatan, amalan masyarakat lisan, sistem kepercayaan masyarakat dan lain-lain.
BS123b Pengantar Perjanjian Baru
Kursus ini membahas secara ringkas tentang isi kandungan, garis kasar, ciri-ciri dan tema khusus bagi setiap kitab atau surat yang terkandung dalam Perjanjian Baru. Selain itu, para pelajar akan menerapkan setiap pengajaran tersebut dalam kehidupan dan pelayanan gereja.
TH801 Doktrin Kristian Asas 1
Kursus ini disediakan untuk membantu para pelajar untuk memahami doktrin-doktrin Kristian tentang kewibawaan Firman Allah; Allah; Manusia dan Dosa; Kristus.
TH802 Doktrin Kristian Asas 2
Kursus ini disediakan untuk membantu para pelajar untuk memahami doktrin-doktrin Kristian tentang Roh Kudus (Pneumatologi); Gereja (Ekklesiologi); Akhir Zaman (Eskatologi).
TR111 Pembacaan Dan Penghujahan
Kursus ini adalah untuk membangunkan kemahiran pembacaan dan penghujahan melalui kuliah, perbincangan dan aktiviti dalam kumpulan. Pelajar akan diberi peluang menganalisa dan mentafsir bahan bacaan dari pelbagai bidang. Bahan-bahan bacaan ini mungkin dari surat khabar, majalah, penulisan sastera, laporan, dan jurnal akademik. Bahan-bahan multimedia akan digunakan sekiranya sesuai. Ini akan meningkatkan kemahiran penulisan akademik dan pelajar digalakkan melatihkan diri dalam penyampaian secara lisan.
TR101 Pembacaan Dan Penulisan Kritis
Kursus ini adalah untuk membangunkan kemahiran pembacaan and penulisan kritis melalui kuliah, perbincangan dan aktiviti dalam kumpulan. Pelajar akan diberi peluang menganalisa dan mentafsir bahan bacaan dari pelbagai bidang. Pelajar digalakkan untuk meningkatkan kemahiran penulisan akademik dan melatihkan diri dalam penyampaian lisan.
BSA123a Tinjauan Perjanjian Baru
Kursus ini direka untuk membantu pelajar mendapat gambaran menyeluruh Perjanjian Baru menggunakan pengamatan ke atas isi kandungan, struktur dan tema buku-buku yang terkandung di dalamnya. Pelajar akan mendapat pengetahuan dasar mengenai situasi di mana buku-buku Perjanjian Baru ditulis dan diedarkan.
BS103a Tinjauan Perjanjian Lama
Kursus ini akan meliputi secara sepintas lalu kitab-kitab Perjanjian Lama dan kandungannya, adalah mustahil untuk meliputi semua aspek Perjanjian Lama (PL) dalam masa yang singkat oleh itu banyak perkara utama akan dipelajari.
TR102 Kajian Alkitab Induktif
Memahami prinsip asas dalam pendekatan induktif. Latihan dalam penggunaan prinsip asas pendekatan induktif. Membezakan antara pendekatan deduktif dan pendekatan induktif untuk mengkaji Alkitab, (Naratif, Surat Epistle, Puisi-Mazmur, Kitab nabi-nabi PL dan Kajian watak dalam Alkitab (Character Study)). Idea-idea kreatif dalam pendekatan induktif, mengkaji dengan menggunakan manuskrip dan melafazkan atau menyuarakan Firman (Speaking Scriptures).
CS811 Agama 1
Selepas menghadiri kursus ini, murid-murid akan mengenal sebanyak sedikit topik-topik berikut: Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dan masalah-masalah yang dihadapi agama tradisional Orang Asli, Buddhisme, kepercayaan tradisi orang Cina, Hinduisme, Sikhisme, diolog antara agama dan penginjilan di negara ini.
PS501 Liturgi Dan Penyembahan
Kursus ini adalah untuk membolehkan pelajar memahami dasar alkitabiah untuk “Penyembahan yang Hidup”. Ini termasuk mengenali aspek-aspek penyembahan korporat (bersama), termasuk kebaktian berliturgi, meneliti kepentingan “Penyembahan sebagai cara hidup” dan kaitannya dengan kebaktian mingguan. Mengetahui peranan para pemimpin dan cara penyampaian mereka juga akan disentuh.
PS201 Kerohanian Kristian
Tujuan kursus ini adalah untuk membantu para pelajar menyedari bahawa semua aspek kehidupan bersepadu dan bahawa Allah adalah Tuhan dalam keseluruhan kehidupan. Dia yang mengingini agar manusia tumbuh dalam hubungan peribadi dan kasih sayang denganNya. Kerohanian Kristian menjadi respons hidup terhadap kebenaran ini.