Cara-cara Untuk Memohon ke STM
- Semua pelajar diminta membuat permohonan melalui gereja masing-masing. Borang permohonan mesti sampai ke STM sebelum 1hb Oktober untuk permohonan kalendara akademik tahun hadapan. Pelajar yang membiayai sendiri perlu memohon secara langsung kepada STM.
- Borang permohonan boleh didapati dari pejabat atau laman web seminari (www.stm.edu.my). Maklumat peribadi seperti umur, gereja, perkerjaan, pengalaman berkerja, kelayakan akademik dan program pengajian yang hendak diambil mesti dilampirkan.
- Pemohon mesti menghantar semua dokumen permohonan kepada:
Pejabat Akademik
Seminari Theoloji Malaysia
Lot 3011 Taman South East,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan, Malaysia. - Surat pengesahan daripada denominasi diperlukan jika yuran pemohon dibayar oleh denominasi, dan pemohon mesti memenuhi semua syarat-syarat denominasi .
- Temuduga dengan calon pelajar akan diadakan pada awal bulan Jun hingga minggu pertama bulan November oleh fakulti, untuk memastikan calon pelajar layak dan telah memenuhi syarat kemasukan.
- Apabila tawaran kemasukan telah diterima, pemohon mesti membalas dengan surat rasmi kepada pejabat akademik, bahawa pemohon menerima tawaran tersebut atau tidak. Pelajar mesti bersetuju mematuhi peraturan seminari.
- Sesi orientasi untuk semua pelajar baru diadakan pada minggu sebelum semester pertama tahun akademik.
Program yang Ditawarkan
- Sijil Pelayanan Kristian
- Diploma Pelayanan Kristian
- Sarjana Muda Pelayanan Kristian