Kursus TEE BM: “Pengantar Perjanjian Lama”
Kursus TEE BM: “Pengantar Perjanjian Lama”
Elektif/Teras: TERAS
Tarikh Kursus: 7 – 9 Ogos & 14 – 16 Ogos, 2026
Masa Kelas:
- 7:00 petang – 10:00 malam (Jumaat)*
- 8:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu)*
- 2:00 petang – 5:00 petang (Ahad)*
- *Jika ada perubahan masa, akan dimaklumkan
Tempat:
Pusat KL (SIB Subang Perdana II, Selangor)
U5, 36-1, Jalan Matahari AB U5/AB, Seksyen,
Bandar Pinggiran Subang,
40150 Shah Alam, Selangor
Pautan Pendaftaran: https://tinyurl.com/PLpusatSIB
Tarikh Akhir Pendaftaran: 17 Julai 2026
Huraian Kursus:
Kursus ini disediakan untuk membantu para pelajar untuk diperlengkapkan dengan pengetahuan menyeluruh mengenai kesemua kitab dalam Perjanjian Lama
Objektif kursus:
Pelajar akan
- memahami struktur, latarbelakang, dan mesej setiap kitab yang terkandung dalam Perjanjian Lama
- memahami cara bagaimana mengaitkan mesej asal ke konteks moden
- memahami bagaimana mengaplikasikan mesej ke dalam kajian Alkitab atau khutbah
Pensyarah: Dss Dr Tan Swee Bee
Pengenalan:
Dss Dr Tan Swee Bee berasal dari Pulau Pinang! Seorang Peranakan Pulau Pinang mengikut keturunan, dia menerima persekolahan di sekolah terkenal, iaitu Convent Green Lane (kedua-dua SRK dan SM), kemudian melanjutkan pelajaran ke Penang Free School diikuti dengan pengajian selama tiga tahun di Lembah Klang di Universiti Malaya. Dengan ijaza sarjana muda B.A. (hons.) dalam jurusan Antropologi & Sosiologi, beliau memasuki tenaga kerja di sektor perkilangan di Pulau Pinang untuk seketika. Kemudian, menjawab panggilan Tuhan, dia memulakan perjalanan teologinya di Malaysia Baptist Theological Seminary. Semasa melayani sebagai pastor, dia meneruskan kajian Sarjana Ketuhanan. Selepas empat tahun dalam kapasiti pastoral, dia kembali ke seminari untuk melanjutkan pengajian Sarjana dalam Teologi (Misiologi) sambil melayani dalam beberapa kapasiti pentadbiran di seminari. Dia kembali melayani dalam kapasiti gereja selama tujuh tahun, sambil melanjutkan Ijazah Kedoktoran dalam Misiologi dan menyelia Sekolah Alkitab (Sekolah Alkitab Malaysia, Pusat Utara) untuk melatih pemimpin gereja orang asli. Kini, beliau seorang pensyarah di Seminari Theoloji Malaysia, melanjutkan pengajian PhD dalam Misi dan Penginjilan dari Melbourne School of Theology. Dia mengetuai jabatan BM TEE dan Pusat Kajian Antara Budaya, sambil bermainkan peranan sebagai “kakak” kepada wanita di asrama.
Swee Bee telah menterjemah beberapa buku teologi Inggeris ke dalam bahasa Malaysia (BM) dan menulis banyak artikel untuk penerbitan dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan BM. Walau bagaimanapun, dia hanya mengarang satu buku, iaitu disertasi DMiss-nya yang diterjemahkan ke dalam BM. Dengan kerinduan gereja orang asli di Malaysia, dia mengejar minat ini dengan sepenuh hati. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam budaya orang asli dan mengkaji pendekatan pengajaran/permuridan yang berkesan melalui tradisi/amalan lisan tempatan. Dalam mengejar minat ini, beliau mengetuai pasukan misi ke pelbagai perkampungan orang asli, di dalam dan di luar Malaysia untuk meneroka budaya, gaya hidup dan pelbagai pemakanan kelompok orang asli/asal.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Ps Rolina Jaslin Steven
Emel: bmtee@stm2.edu.my
Telefon: +606 6322815

