Kursus TEE BM: “Teologi Penganiayaan & Permuridan” (ELEKTIF)
Kursus TEE BM: “Teologi Penganiayaan & Permuridan”
[ATAS TALIAN]
Elektif/Teras: ELEKTIF
Tarikh Kursus: 3-7 Ogos 2026
Masa Kelas: 7:00 pm – 10:00 pm (Isnin-Jumaat)
Pautan Pendaftaran: https://tinyurl.com/TeoPPonline
Tarikh Akhir Pendaftaran: 17 Julai 2026
Rangka Kursus:
TOPAD (Teologi Penganiayaan dan Pemuridan Kristian) memperlengkapi orang percaya untuk memahami realiti penganiayaan Kristian dari perspektif Alkitabiah serta dalam konteks dunia masa kini. Kursus ini meneroka sebab-sebab berlakunya penganiayaan terhadap orang Kristian, bagaimana umat percaya harus memberikan respons yang setia dan berani, serta tanggungjawab gereja untuk berdoa, menggalakkan, dan menyokong saudara-saudari seiman yang mengalami penganiayaan di seluruh dunia. Dari sudut teologi, kursus ini menegaskan kebenaran Alkitab bahawa penderitaan demi Kristus merupakan sebahagian daripada panggilan pemuridan Kristian (Matius 5:10–12; 2 Timotius 3:12; 1 Petrus 4:12-16). Dalam zaman yang menyaksikan peningkatan tentangan terhadap iman dan nilai-nilai Kristian, kursus ini membantu gereja untuk tetap teguh dalam iman, membina ketahanan rohani, dan berdiri bersama umat Kristian yang teraniaya di seluruh dunia. Ia mendorong respons yang berpusatkan Kristus terhadap penderitaan, sekali gus memperkukuhkan kesaksian, misi, dan komitmen gereja terhadap Amanat Agung.
Pensyarah: Pdt. Dr. Elanko Kannan
Pengenalan:
Pdt. Dr. Elanko Kannan ialah Pastor Kanan di Hebron Centre, Klang. Beliau telah berkhidmat dalam bidang Pastoral, Misi, dan latihan pelayanan selama bertahun-tahun. Beliau telah berkhidmat selama 21 tahun bersama Gereja Methodist Tamil Malaysia.
Beliau pernah menjadi Jurulatih di SPECS (Serving the Persecuted Christians) dan juga jurulatih bagi program TOPAD (Theology of Persecution and Discipleship) untuk pelajar peringkat Ijazah dan Sarjana di seminari-seminari di Malaysia Barat, Malaysia Timur, dan Asia Tenggara.
Sebelum pandemik, beliau turut berkhidmat sebagai Penyelaras Negara Brunei bagi SPECS selama dua tahun. Beliau juga terlibat dalam pelayanan IMT (India Missions Team) yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan dan latihan para pastor di Karnataka, Tamil Nadu, dan Andhra Pradesh, India.
Beliau berkhidmat sebagai pensyarah sambilan (adjunct lecturer) di Alpha Omega International College, Malaysia, Malaysian Bible Seminary, Sekolah Alkitab Malaysia, Logos Academy, Kuala Lumpur, dan MTBC, Nilai.
Selain itu, beliau juga pernah mengajar di kolej-kolej Alkitab di Ho Chi Minh, Vietnam; Phnom Penh, Kemboja; Bangladesh; Sri Lanka; Indonesia; dan Paris, Perancis. Beliau telah menamatkan pengajian Doktoral dalam bidang Misiologi di Hindustan Bible Institute, Chennai, India.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Ps Rolina Jaslin Steven
Emel: bmtee@stm2.edu.my Telefon: +606 6322815

