Kursus TEE BM “Doktrin-Doktrin Kristian”
Kursus TEE BM : Doktrin-Doktrin Kristian
- Kelas Atas Talian/Online (Zoom)
- Teras untuk Sijil
Tarikh Kursus : 09-11 & 16-18 April 2027
Masa Kelas:
- 7:00 mlm – 10:00 mlm (Jumaat)
- 8:00 pagi – 5:00 mlm (Sabtu)
- 2:00 ptg – 5:00 ptg (Ahad)
- *Jika ada perubahan masa, akan dimaklumkan
Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/bmtee27doktrin
Tarikh Akhir Pendaftaran: 26 MAC 2027
Rangka Kursus:
Kursus ini disediakan untuk membantu para pelajar untuk memahami doktrin-doktrin Kristian dengan tumpuan dari segi Allah, Penciptaan, Kejatuhan, Pembaharuan & Keselamatan. Pelajar akan memahami doktrin-doktrin yang dibentangkan, serta memahami dan mampu menerangkan kefahaman iman sendiri, memahami bagaimana mengaplikasikan kefahaman teologi dalam kehidupan peribadi dan pelayanan masing-masing.
Mengenai Pensyarah, En. Edwin Kee
En. Edwin Kee merupakan Koordinator Program Perintisan Gereja di Gospel City Network. Dia memperoleh Sarjana Muda dalam Sains Komputer pada tahun 2001 dan pernah melayani di Wawasan Penabur sebagai Digital Leader (Pemimpin Digital) dari 2014-2015 sebelum melayani sebagai seorang misionari di kalangan orang Iban di Sarawak dari 2017-2019. Edwin merupakan salah seorang pengasas dan melayani sebagai Penolong Pelayanan Gereja SIB-PJEFC dari 2020-2024, sambil menamatkan kursus Master of Divinty (MDiv) di STM pada tahun 2024.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Ps Rolina Jaslin Steven
- Emel: bmtee@stm2.edu.my
- Telefon: +606 6322815

