Kursus TEE BM “Kaunseling Pengembalaan”
Kursus TEE BM : Kaunseling Pengembalaan
- Kelas Atas Talian/Online (Zoom)
- Elektif
Kursus Intensif/Guided (MMin BM/BM TEE)
Tarikh Kursus : 26-30 April 2027
Masa Kelas: Isnin – Jumaat (7:00 malam – 10:00 malam)
Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/bmtee27kaunseling
Tarikh Akhir Pendaftaran: 16 April 2027
Rangka Kursus:
Kursus ini memberi tumpuan kepada peranan kaunseling dalam pelayanan gereja dan komuniti dengan memperkenalkan asas alkitabiah, teologi, dan prinsip psikologi yang mendasarinya. Ia bertujuan membantu pelajar menghubungkan teori dengan praktik pelayanan, membangun kepekaan terhadap isu-isu rohani, emosi, dan sosial, serta mengintegrasikan nilai etika dan rohani dalam setiap proses kaunseling di dalam gereja.
Mengenai Pensyarah, Rev. May Ong
Rev. May Ong memiliki Diploma Pascasiswazah dalam Pembentukan Rohani dan Pemuridan daripada AGST Alliance. Beliau telah terlibat dalam pelayanan sepenuh masa sejak tahun 1999, dan melayani selama 6 tahun dalam Majlis Daerah Tengah, Assemblies of God of Malaysia. Beliau dan suaminya, Lud Lee, mempunyai dua orang anak perempuan yang telah dewasa.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Ps Rolina Jaslin Steven
- Emel: bmtee@stm2.edu.my
- Telefon: +606 6322815

