Peraturan Perpustakaan (Library Rules - BM)

Dalam seksyen ini:

1.     Peredaran 

2.     Pengunaan Umum Perpustakaan  

3.     Perpustakaan Teologi Lain 

4.     Sumber Dalam Talian 

5.     Tindakan Disiplin 

 

1. PEREDARAN

1.1 Peminjaman

(a) Had peminjaman 

Bilangan item yang boleh dipinjam oleh pelanggan adalah ditentukan oleh kategori peminjaman masing-masing. Mereka yang memerlukan kemudahan peminjaman tambahan harus merujuk kepada Pustakawan. 

Pelajar sepenuh masa 

10 item

Pelajar sepenuh masa tahun akhir yang menulis tesis

15 item

Pelajar separuh masa/TEE/Pascasiswazah

4 atau 8 item

(keahlian perpustakaan diwajibkan)

Fakulti sepenuh masa

20 item

Fakulti tambahan/separuh masa

8 item

Kakitangan

8 item

Peminjam luar (External borrowers)

4 atau 8 item

(keahlian perpustakaan diwajibkan)

(b) Untuk meminjam item, pelanggan mesti mengemukakan kad STM mereka (atau KP/MyKad, jika berkenaan), yang berfungsi sebagai kad peminjaman. Pelanggan dilarang menggunakan kad pelanggan lain untuk meminjam.

(c) Tiada item boleh dikeluarkan daripada Perpustakaan sehingga ia dipinjam dan didaftar keluar dengan betul. Denda sebanyak RM50.00 akan dikenakan kepada pesalah. 

(d) Semua item yang dipinjamkan adalah tanggungjawab penuh peminjam, dan dia akan dipertanggungjawabkan atas sebarang penalti, denda atau penggantian jika item tersebut tertunggak, rosak, atau hilang, sama ada secara peribadi atau oleh pihak ketiga, semasa didaftarkan keluar kepadanya.

 

1.2 Polisi Peminjaman

(a) Pinjaman biasa 

Buku rak terbuka

2 minggu (1 bulan untuk Fakulti dan Pascasiswazah separuh masa)

Sumber audiovisual (bukan rujukan)

2 minggu

(b) Pinjaman jangka pendek  

Buku Red-Spot (Bintik Merah)

1 malam (tamat tempoh pada jam 11:00pg hari bekerja berikutnya)

Nota: Buku Red-Spot adalah buku teks kursus yang terletak di Bahagian Buku Rizab (BBR). Mana-mana bilangan buku Red-Spot boleh digunakan dalam BBR di Perpustakaan, tetapi mesti didaftar keluar atau dipinjam di Kaunter Edaran jika ia dikeluarkan dari BBR. Hanya SATU buku Red-Spot boleh dipinjam keluar dari BBR pada satu-satu masa, sama ada untuk digunakan di Kawasan Bacaan Umum atau dibawa keluar dari Perpustakaan.

(c) Item yang tidak boleh dipinjam 

Item berikut tidak boleh dipinjamkan dan hanya boleh dirujuk/digunakan di dalam Perpustakaan. Ia tidak boleh dikeluarkan daripada Perpustakaan atau kawasan yang ditetapkan.

Buku rujukan dan tesis

Kawasan Bacaan Umum

Keratan akhbar dan artikel

Kawasan Bacaan Umum. RSila kembalikan ke tempat asal di Bilik Terbitan Berkala selepas digunakan.

Terbitan Berkala

Kawasan Bacaan Umum. Sila kembalikan ke tempat asal di Bilik Terbitan Berkala atau rak paparan selepas digunakan.

Bahan-bahan arkib

Bilik Arkib sahaja

Sumber audio-visual

Sumber audio-visual yang ditetapkan sebagai bahan Rujukan hanya boleh digunakan dalam Bilik Audio-Visual. (Sila rujuk kepada kakitangan Perpustakaan)

Item sedang diproses atau di dalam Stacks tertutup

Sila rujuk kepada kakitangan Perpustakaan. Keutamaan akan diberikan kepada pemprosesan item yang diperlukan oleh Fakulti, pelajar pascasiswazah dan pelajar yang menulis tesis.

Item paparan yang baru dikatalogkan

Kawasan paparan sahaja. Tidak boleh dipinjam sehingga selepas tempoh paparan satu minggu tamat. Tempoh pinjaman yang berkaitan akan dikenakan.

(d) Cuti panjang

    Peminjaman semasa percutian panjang (pertengahan tahun dan akhir tahun) adalah seperti berikut.

Pelajar sepenuh masa di Malaysia

4 item

Outside Malaysia

Peminjaman tidak dibenarkan

1.3 Memulangkan Item yang Dipinjamkan

(a) Ini adalah tanggungjawab peminjam sepenuhnya. Pelanggan tidak digalakkan untuk memulangkan item melalui pos biasa (sila lihat 1.1(d)).

(b) Semua item mesti dipulangkan atau diperbaharui sebelum/pada tarikh tamat tempoh yang ditetapkan. Jika tidak, denda akan dikenakan.

Pinjaman jangka pendek

RM1.00 bagi setiap item setiap jam

Pinjaman biasa

RM1.00 bagi setiap item setiap hari bekerja

(c) Semua item hendaklah dipulangkan terus ke Kaunter Edaran untuk didaftar masuk dengan betul, dan tidak patut ditinggalkan di Kaunter tanpa pengawasan. Item itu tetap menjadi tanggungjawab peminjam sehingga ia didaftar masuk. 

(d) Notis e-mel peringatan tarikh tamat tempoh pinjaman serta pinjaman tertunggak dijana secara automatik oleh Sistem Pengurusan Perpustakaan dalam talian, dan adalah perkhidmatan tambahan tidak wajib. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyemak aktiviti peminjaman mereka sendiri. Perpustakaan tidak bertanggungjawab jikalau notis dijana automatik tidak dikirim atau diterima.

1.4 Memperbaharui Pinjaman

(a) Item yang dipinjamkan boleh diperbaharui sehingga maksimum dua kali, dengan syarat tiada pelanggan lain yang meminta atau menempah barang tersebut. Item mesti dipulangkan sebelum atau pada tarikh tempoh tamat yang ditetapkan selepas pembaharuan kali kedua dan tidak boleh diperbaharui untuk kali ketiga. Walau bagaimanapun, barang tersebut boleh dipinjam semula jika tiada pelanggan lain yang meminta atau menempah barang tersebut.

(b) Item perlu diperbaharui pada tarikh tempoh tamat yang ditetapkan atau sebelum tarikh tersebut. Denda akan dikenakan untuk item yang lewat diperbaharui.

(c) Pembaharuan pinjaman adalah layan diri dan boleh diuruskan secara dalam talian. Nombor ID/MyKad peminjam dan kata laluan (jika ada) akan diperlukan. Harap maklum bahawa pinjaman tertunggak hanya boleh diperbaharui oleh kakitangan Perpustakaan.

(d) Pembaharuan pinjaman akan disekat secara automatik jika item telah ditempah, atau jika jumlah denda peminjam telah mencapai/melebihi RM10.00.

1.5 Menempah Item yang Dipinjam Keluar

(a) Sekiranya item yang diperlukan telah dipinjam keluar, pelanggan boleh menempah item tersebut secara dalam talian. Nombor ID/MyKad pelanggan dan kata laluan (jika ada) akan diperlukan. Notis automatik akan dijanakan oleh Sistem Pengurusan Perpustakaan apabila item tersebut tersedia.

(b) Hanya item yang telah dipinjam keluar boleh ditempah. Tempahan item yang tersedia tidak dibenarkan.

(c) Pelanggan dibenarkan menempah sebanyak dua item. Sila rujuk kepada kakitangan Perpustakaan untuk membatalkan tempahan.

(d) Item yang ditempah yang tersedia mesti dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika tidak dituntut, item tersebut akan dikembalikan ke rak.

Pinjaman jangka pendek

Hari yang sama

Pinjaman biasa

Dalam tempoh dua hari bekerja

1.6 Memanggil Balik Item yang Dipinjam Keluar

(a) Jika perlu, Perpustakaan berhak untuk memanggil balik item yang telah dipinjam keluar, terutamanya apabila item tersebut harus diletakkan di Bahagian Buku Rizab (Red-Spot).

(b) Item pinjaman yang telah diperbaharui boleh dipanggil balik pada bila-bila masa jika ditempah oleh pelanggan lain.

(c) Sesuatu item wajib dipulangkan dalam tempoh dua hari selepas dipanggil balik. Jika tidak, ia akan dianggap tertunggak dan denda yang sewajarnya akan dikenakan.

 

2. PENGGUNAAN UMUM PERPUSTAKAAN

2.1 Kelakuan Peribadi

(a) Pelanggan harus mengekalkan tahap kelakuan yang sesuai semasa berada di Perpustakaan sebagai pertimbangan hormat kepada kakitangan dan pelanggan lain. 

(b) Keadaan senyap harus dikekalkan sepanjang masa demi mereka yang sedang belajar atau menjalankan penyelidikan.

(c) Alat-alat dengan audio (cth. telefon bimbit, komputer riba) mesti disenyapkan semasa berada di Perpustakaan. Pelanggan tidak dibenarkan menggunakan alat-alat ini di Perpustakaan untuk perbualan dan/atau penyiaran yang boleh kedengaran.

(d) Pelanggan wajib mematuhi kod pakaian STM semasa menggunakan Perpustakaan pada Waktu Pejabat Perpustakaan (8:30pg–5:30ptg).

(e) Pelanggan yang membuat gangguan akan diberi amaran dan boleh diminta beredar Perpustakaan jika mereka berterusan.

 

2.2 Pemeliharaan Kemudahan dan Koleksi

(a) Pelanggan dikehendaki menanggalkan kasut mereka sebelum memasuki Perpustakaan supaya mengurangkan tahap kelembapan dan habuk di dalam Perpustakaan, serta keadaan haus dan lusuh pada permaidani dan lantai parket.

(b) Makanan atau minuman (termasuk bekas air) tidak dibenarkan di Kawasan Bacaan Umum serta ruang-ruang koleksi kerana ini boleh menyebabkan kerosakan tidak sengaja pada koleksi, permaidani atau lantai parket.

(c) Untuk tujuan keselamatan, beg tidak dibenarkan ke dalam kawasan Perpustakaan utama. Beg mesti ditinggalkan (tanpa barang berharga) di rak di sebelah dalam pintu masuk Perpustakaan. Kakitangan Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab atas penjagaan atau kehilangan harta benda pelanggan. 

(d) Untuk membantu kakitangan Perpustakaan dan pelanggan lain supaya mencari item dengan mudah:

i.    Buku harus dikembalikan ke tempat yang betul di rak selepas disemak imbas/digunakan. Kakitangan Perpustakaan berhak untuk mangalih mana-mana buku yang terbiar tanpa pengawasan di atas meja atau carrel.

ii.   Terbitan berkala harus dikembalikan ke lokasi asalnya selepas disemak imbas/digunakan.

iii.  Keratan akhbar dan artikel harus dikembalikan ke tempat yang betul dalam fail, kotak dan rak masing-masing selepas digunakan. 

(e) Item Perpustakaan tidak boleh dirosakkan dengan apa cara sekalipun. Buku dan terbitan berkala tidak boleh ditanda, walaupun dengan pensil. Muka surat tidak seharusnya dilipat sebagai penanda tempat; tolong gunakan penanda buku anda sendiri.

(f)  Kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan termasuk:

i.    Pengikat-sikat: Layan diri. Sikat dan kulit boleh dibeli daripada kakitangan Perpustakaan. 

ii.   Mesin Laminasi: Layan diri. Filem/plastik laminasi boleh dibeli daripada kakitangan Perpustakaan.

iii   Akses WiFi: Sila rujuk kepada Pegawai IT untuk maklumat log masuk.

iv.  Mesin Fotostat/Pencetak: Layan diri. 10 sen dikenakan bagi setiap salinan/cetakan. Kad nilai tersimpan pakai-buang boleh dibeli daripada kakitangan Perpustakaan pada harga RM20, RM30 atau RM50. 

(g) Fotokopi mengurangkan jangka hayat buku atau terbitan berkala, dan oleh itu adalah tidak digalakkan, melainkan sangat diperlukan. Dalam kes sedemikian, pelanggan tidak boleh menekan terlalu kuat pada tulang belakang buku semasa membuat salinan kerana ini akan merosakkan buku. Pelanggan diwajibkan mematuhi Akta Hak Cipta 1987 dengan tegas. Hanya sejumlah maksimum 10%, atau satu bab/artikel dalam sebuah buku/jurnal, boleh disalin. Sebarang fotokopi melebihi ini merupakan pelanggaran Akta Hak Cipta 1987. 

(h) Kebenaran mesti diperolehi daripada kakitangan Perpustakaan untuk membuat salinan fotostat bahan-bahan arkib.

(i)  Pelanggan hendaklah menjaga semua peralatan, kemudahan dan koleksi dengan berhati-hati. Pelanggan akan diminta membuat pembayaran balik bagi sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan kepada harta Perpustakaan. 

(j)  Penalti untuk item yang hilang, rosak atau tidak dapat diperbaiki akan dikira mengikut kos menggantikan item tersebut, termasuk kos kiriman dan pengendalian, ditambah 20% daripada jumlah keseluruhan sebagai yuran pentadbiran. Jika jumlah keseluruhan (termasuk yuran pentadbiran) berjumlah kurang daripada RM10.00, penalti minimum RM10.00 akan dikenakan

(k) Sekiranya item yang hilang tidak lagi tersedia, penalti akan dikenakan berdasarkan nilai item tersebut (minimum RM50.00). 

(l)  Sekiranya item yang rosak dapat dibaiki, pelanggan mesti menanggung kos pembaikan ditambah 20% daripada jumlah keseluruhan, atau membayar denda RM10.00, yang mana lebih tinggi. 

(m) Sekiranya item yang diconteng/rosak tidak boleh diperbaiki dan juga tidak boleh diganti, penalti akan dikenakan berdasarkan sama ada item itu masih boleh kekal dalam edaran. Jika boleh, penalti sebanyak RM20.00 akan dikenakan. Jika item tersebut terpaksa dibuang, caj untuk item hilang yang tidak lagi tersedia akan dikenakan. 

2.3 Pembayaran

(a) Sebarang bayaran atau penalti yang terhutang kepada Perpustakaan mesti dibayar dengan serta-merta. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan penggantungan hak peminjaman dan/atau sekatan atas penggunaan kemudahan Perpustakaan.

(b) Pelajar sepenuh masa mesti memulangkan semua item pinjaman dan menjelaskan sebarang bayaran tertunggak sebelum penghujung setiap semester. Borang pelepasan hendaklah dikemukakan kepada kakitangan Perpustakaan untuk pengesahan bahawa semua pinjaman dan hutang telah dijelaskan.

(c) Pelajar graduan yang gagal menjelaskan pinjaman dan hutang mereka sebelum Hari Graduasi akan ditahan sijil mereka sehingga mereka berbuat demikian. 

 

3. PERPUSTAKAAN TEOLOGI LAIN

3.1 Perhubungan Saling Berbalas

     Di mana berkenaan, Perpustakaan STM mempunyai perhubungan saling berbalas dengan perpustakaan institusi ahli Malaysian Association of Theological Schools (MATS), iaitu: 

(a)  AGST Alliance

(b)  Alpha Omega International College, Petaling Jaya

(c)  Bible College of Malaysia, Petaling Jaya

(d)  Borneo Theological Seminary, Namaus

(e)  Malaysia Baptist Theological Seminary, Penang

(f)  Malaysia Bible Seminary, Kuang

(g)  Malaysia Evangelical Theological Seminary, Lawas

(h)  Malaysia Evangelical Theological Seminary, Miri

(i)  Malaysia Tamil Bible College, Nilai

(j)  Methodist Theological School, Sibu

(k)  Sabah Theological Seminary, Kota Kinabalu

(l)  St Paul's Theological College Malaysia, Kuala Lumpur

(m) Tung Ling Bible Seminary, Subang Jaya

 

3.2 Pengunaan Kemudahan

     Fakulti dan pelajar STM boleh menggunakan perpustakaan institusi yang tersebut di atas, tertakluk kepada terma dan syarat berikut:

(a) Perpustakaan STM hendaklah memaklumkan kepada pustakawan institusi lain, dan menyediakan surat pengenalan.

(b) Penggunaan kemudahan adalah tertakluk kepada polisi tempatan perpustakaan yang dikunjungi, dan tidak termasuk peminjaman dan penggunaan internet. 

(c) Peminjaman, jika dibenarkan, juga tertakluk kepada polisi tempatan perpustakaan yang dikunjungi. 

3.3 Penghantaran Dokumen

     Fakulti dan pelajar STM boleh meminta penghantaran dokumen daripada perpustakaan institusi yang disebutkan di atas, tertakluk kepada terma dan syarat berikut:

(a) Permintaan adalah terhad kepada pelajar yang menulis tesis, dan fakulti yang sedang menyediakan kursus dan/atau tesis.

(b) Penghantaran dokumen elektronik adalah lebih diutamakan daripada salinan cetak. 

(c) Kos percetakan, pengiriman dan pengendalian salinan cetak hendaklah ditanggung oleh orang yang meminta dokumen tersebut (bayaran akan dikutip oleh Perpustakaan STM dan dibayar kepada perpustakaan yang menghantar). 

3.4 Pinjaman Antara Perpustakaan

     Pada masa ini, tiada perjanjian pinjaman antara perpustakaan di kalangan perpustakaan teologi di Malaysia dan Singapura.

 

4. SUMBER DALAM TALIAN

     Fakulti, kakitangan, pelajar dan alumni STM boleh mengakses pelbagai sumber dalam talian langganan, tertakluk kepada terma dan syarat. Akses adalah khas untuk kegunaan peribadi sahaja. Sila hubungi Perpustakaan STM untuk mendaftar. 

 

5. TINDAKAN DISIPLIN

5.1 Kegagalan mematuhi peraturan Perpustakaan boleh mengakibatkan tindakan disiplin diambil terhadap pelanggan. Ini termasuk, dan tidak terhad kepada, amaran, pembayaran balik, penggantungan kemudahan dan pembatalan keahlian.

5.2 Rayuan terhadap tindakan disiplin boleh dibawa kepada Pustakawan, yang akan berunding dengan Dekan Pelajar atau Pengetua jika perlu.

 

[Dimaskinikan: Oct 2023]

 

Nota: Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan makna antara versi Inggeris dan versi BM, versi Inggeris akan diutamakan.